Sumbangan Pasca Banjir

Pekeliling – Kg. Periuk – Jalan Raja Ali, Kg. Ujung Pasir, Kg. Baru, KL (30 Disember 2021)

PERKIM Datuk Keramat telah menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir gelombang pertama di sekitar kawasan Kg. Baru, Kuala Lumpur.

Seramai 57 orang penerima keseluruhannya, iaitu 11 orang penerima di Jalan Pekeliling, 20 orang penduduk di Kg. Periuk serta 26 orang penerima di Jalan Raja Ali, Kg. Ujung Pasir. Sumbangan yang diberikan termasuklah tilam, bantal, barangan keperluan diri, serta sumbangan dalam bentuk wang tunai.

Sumbangan pasca banjir ini juga adalah usaha sama dengan beberapa pertubuhan lain. Kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan dari pelbagai agensi yang turut bersimpati dan prihatin terhadap nasib mangsa-mangsa banjir. Tidak dilupakan, terima kasih juga kepada penduduk setempat atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program kebajikan ini. Mudah-mudahan amal kebajikan kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT, Aamiin.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top