Sumbangan tunai kepada mangsa banjir

Sumbangan Tunai Kepada Saudara Baru Mangsa Banjir (26 Disember 2021) Atas dasar prihatin terhadap keadaan keluarga ini, PERKIM Datuk Keramat telah memberikan sumbangan kepada salah satu mangsa banjir yang terjejas iaitu Puan Siti Wani Bt Mohd Yusop yang berusia 31 Tahun dan menetap di Kapar, Selangor

. Beliau sudah bekeluarga dan mempunyai 4 orang cahaya mata , dua daripadanya masih kecil dan menyusu . Setelah airnya telah surut , Siti Wani dan suaminya juga sedang sibuk melakukan pembersihan rumah yang kediamannya juga antara yang teruk dimasuki air .

Akibat itu , mereka telah kehilangan banyak harta benda yang berharga seperti mesin basuh , peti ais dan hampir kesemuanya juga telah mengalami kerosakan. Kehidupan mereka turut terjejas dengan pendapatan mereka yang tidak seberapa. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban beliau sekeluarga. Kami turut mendoakan agar beliau kuat serta tabah menghadapi ujian yang diberikan oleh Allah SWT.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan akibat terjejas dengan musibah banjir. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top