Sumbangan tunai kepada saudara Ammal Zulqahhar bin Ismail

izhar

Sumbangan tunai kepada saudara Ammal Zulqahhar bin Ismail Seksyen 7, Kelana Jaya, Selangor (3 November 2021) Saudara Ammal Zulqahhar tidak berkeluarga dan menetap berseorangan di rumah sejak 5 tahun lalu. Menghidapi penyakit jantung, ghout, darah tinggi dan seera slip disc adalah punca mengapa beliau tidak mampu bekerja meskipun baru berusia 34 tahun.

Beliau menderita sakit tulang belakang sejak beberapa bulan yang lalu dan ia semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Beliau juga telah berulang-alik ke hospital PPUM dan HKL untuk mendapatkan rawatan. Bulan lepas merupakan kali terakhir beliau mendapatkan rawatan. Doktor ada meminta beliau untuk membuat proses CT Scan bagi mengenalpasti punca sakit belakangnya itu, selain dinasihatkan untuk menjalani pembedahan tulang belakang. Sehubungan dengan itu, saudara Ammal ada menghubungi pihak Perkim beberapa hari yang lepas bagi merayu dana sebanyak RM1000 untuk urusan bayaran CT Scan serta proses temujanji selanjutnya bersama doktor pakar. Dalam tempoh tersebut, beliau terpaksa bertahan dengan ubat tahan sakit setiap hari. Beliau tidak berdaya untuk menguruskan diri sendiri. Segala makan minumnya hanya mampu ditempah dari kedai berhampiran setiap hari selain mengharapkan simpati daripada para penyumbang.

Ketika kami hadir untuk menyampaikan sumbangan yang diperlukan, saudara Ammal kelihatan sedang mengerang kesakitan. Keadaan tubuh beliau pula sukar untuk ditegakkan, apatah lagi untuk beliau berdiri dengan betul. Dengan bantuan yang disalurkan ini, diharapkan beliau segera mendapatkan rawatan seperti yang disarankan oleh doktor. Kami juga mendoakan agar beliau diberikan kesembuhan segera dan seterusnya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik seperti insan yang lain.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top