Syarat ialah kewujudan sesuatu perkara adalah bergantung kepada kewujudannya (tanpanya sesuatu itu tidak akan wujud) dan ia bukan satu bahagian/juzuk daripada perkara tersebut.
Seperti tumbuh-tumbuhan, ia tidak akan wujud di muka bumi melainkan apabila ada air hujan. Tetapi hujan tersebut bukanlah sebahagian daripada tumbuhan itu. Oleh itu, hujan adalah syarat kepada wujudnya tumbuh-tumbuhan.
Terdapat empat syarat disisi Imam Syafie RA, iaitu:
Terdapat empat syarat disisi Imam Syafie RA, iaitu:
Oleh itu, orang yang berhadas sama ada kecil mahupun besar, solatnya tidak sah. Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadith sahih:
لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ
Maksudnya: “Tidak diterima (mana-mana) solat (yang didirikan dalam keadaan) tidak bersuci.
Suci tubuh badan daripada najis merangkumi tiga jenis najis iaitu mukhaffah, mutawasitah dan mughallazah. Dalilnya ialah hadith Rasulullah SAW yang menceritakan tentang dua orang yang diazab dalam kuburnya. Rasulullah SAW bersabda:
أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لَا يَسْتَبْرِىُٔ مِنَ الْبَوْلِ
Maksudnya: “Adapun salah seorang daripada mereka, dia tidak bersih (tidak berjaga-jaga) daripada kencingnya. (HR Bukhari & Muslim)
Dalam riwayat lain disebut: لا يستتر. Dalam riwayat lain disebut: لا يستنزه. Semua riwayat tersebut adalah sahih dan ia membawa maksud dia tidak menjauhi dan berjaga-jaga daripada air kencingnya.
Begitu juga semua jenis najis yang lain, hukumnya sama dengan air kencing. Rasulullah SAW pernah memberitahu kepada Fatimah binti Abu Hubaish RA dengan sabdanya:
لَا تُقْبَلُ صَلَاةُ الخَاىِٔضِ إِلَّا بِخِمَارٍ
Maksudnya: “Apabila haid datang, maka tinggalkanlah sembahyang dan jika tempohnya telah tamat, maka mandilah disebabkan darah tersebut dan dirikanlah solat.
Bersuci daripada najis tidak memadai hanya pada tubuh badan sahaja, bahkan pakaian yang dipakai untuk solat juga wajib suci daripada semua jenis najis. Dalilnya daripada firman Alah SWT dalam surah al-Muddathir ayat ke-4:
وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ ٤
Maksudnya: “Dan pakaian kamu, hendaklah kamu sucikan”.
Abu Daud (365) telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa: Khaulah bin Yasar telah datang menemui Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya saya tidak mempunyai pakaian melainkan satu helai sahaja dan saya telah didatangi haid ketika memakainya. Bagaimanakah yang seharusnya saya lakukan? Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila kamu telah suci, maka basuhlah pakaian tersebut dan solatlah dengan memakainya. Kemudian dia bertanya lagi: Bagaimana jika darah tersebut tidak tanggal? Sabda Rasulullah SAW: Memadai kamu membasuh darah tersebut. Manakala kesannya yang tidak tanggal itu, ia tidak akan memudaratkan kamu (tidak membatalkan solat kamu dengan menggunakannya dalam keadaan tersebut).
Yang dimaksudkan dengan tempat ini ialah kawasan yang digunakan oleh orang yang solat ketika bersembahyang. Iaitu tempat yang disentuh dan diletakkan anggota ketika solat, bermula daripada kawasan kaki sehingga tempat sujud. Oleh itu, tidak mengapa (tidak membatalkan solat ) jika tempat yang tempat yang diletakkan atau disentuh oleh anggota (ketika solat) berada dalam keadaan bernajis seperti kawasan yang setentang dengan dada ketika rukuk dan sujud.
Dalil syarat ini ialah perintah Rasulullah SAW supaya dicurahkan air ke tempat air kencing Badwi yang kencing dalam masjid. (Bukhari). Dalil lain adalah qias kepada pakaian, kerana tempat solat sama seperti pakaian dimana kedua-duanya tersentuh pada badan.
Telah diketahui bahawa setiap solat fardhu mempunyai waktu tertentu yang mesti dipelihara. Walau bagaimanapun, tidak memadai bagi seseorang yang ingin mendirikan solat dengan hanya berada dalam waktu tanpa dia mengetahui berada dalam waktu solat yang ingin dilakukan. Seseorang itu hendaklah mengetahui perkara itu dahulu sebelum mendirikan solat. Oleh itu, tidak sah solat seseorang yang tidak mengetahui masuk waktunya sekalipun ternyata selepas itu solat yang didirikan berbetulan dengan waktunya yang ditetapkan.
Waktu solat boleh diketahui dengan tiga cara, iaitu:
Apabila seseorang yang bersolat dan mendapati bahawa dia mendirikan solat sebelum masuk waktu, maka solat tersebut batal dan wajib diulangi semula sama ada melakukannya berdasarkan ilmu yang yakin, ijtihad atau taqlid.
Ini adalah syarat sah solat yang keempat. Maksud kiblat ialah bangunan kaabah. Ini bermakna seseorang itu hendaklah solat dalam keadaan mengahadap kearah kaabah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat ke-150:
فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ
Maksudnya: “Maka palingkanlah wajahmu kearah Masjidil Haram, dan dimana sahaja kamu sekalian berada, maka palingkan lah (hadapkanlah) wajah kamu kearahnya.
Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Nabi SAW berkata kepada orang yang diajarkannya cara mendirikan solat dengan sempurna, yang bermaksud, “Apabila kamu hendak mendirikan solat, maka sempurnakan wudhuk kemudian hadapkan (dirimu) kearah kiblat dan bertakbirlah.
Maksud Masjidi Haram yang disebut dalam ayat al-Quran diatas dan kiblat dalam hadith ialah bangunan kaabah.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada al-Barra’ bin Azib RA katanya yang bermaksud, “Rasulullah SAW telah solat menghadap kearah Baitul Maqdis selama 16 atau 17 bulan dan Baginda SAW sangat suka untuk menghadap kearah Kaabah. Lalu Allah menurunkan ayat yang bermaksud: Sesungguhnya Kami (sering) melihat mukamu berulang-ulang mendongak ke langit. Maka Rasulullah SAW menghadap kearah Kaabah.
Ia terdiri daripada dua keadaan iaitu orang yang solat berada berdekatan dengan kaabah dan dapat melihatnya jika diam ahu. Atau berada berjauhan darinya dan tidak dapat melihatnya.
Pada keadaan pertama (berdekatan kaabah), orang yang solat wajib menghadap kearah ain kaabah dengan yakin. Manakala keadaan kedua pula (berjauhan dengan kaabah), orang solat wajib menghadap kearah ain kaabah berdasarkan kepada dalil-dalil/tanda-tanda zanni jika tidak boleh berasaskan dalil qat’ie (diyakini bena
Ia merupakan syarat sah solat yang ketiga. Untuk memahami syarat ini, semestinya difahami dahulu perkara berikut:
Aurat pada pengertian syarak ialah semua perkara yang wajib ditutup dan haram dilihatnya.
Sempadan aurat bagi lelaki ialah antara pusat sehingga lutut. Oleh itu ia wajib ditutup ketika mendirikan solat. Manakala bagi wanita pula ialah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan. Oleh itu wajib ditutup kesemua badannya kecuali kedua-dua anggota tersebut ketika solat. Firman Allah SWT dalam surah al-‘Araf ayat ke-31:
خُذُوا۟ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍۢ
Maksudnya: “Pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid.”
Ibnu Abbas RA telah berkata, maksudnya ialah memakai pakaian ketika solat.
Sempadan aurat bagi lelaki ialah antara pusat sehingga lutut dimana sahaja mereka berada. Hukum ini adalah ketika lelaki bersama lelaki atau mahram (wanita yang haram dikahwini). Manakala ketika lelaki dengan perempuan ajnabi, aurat bagi lelaki adalah antara pusat sehingga lutut juga. Tetapi, jika melihat selain daripada muka dan tapak tangan boleh menimbulkan atau menaikkan syahwat, maka melihat anggota tersebut adalah haram. Maksudnya, perempuan ajnabi tidak diharuskan melihat selain muka dan tapak tangan lelaki untuk mengelakkan berlakunya persyahwatan.
Sempadan aurat bagi wanita pula adalah antara pusat sehingga lutut jika sesama perempuan yang Islam. Jika bersama wanita kafir, maka auratnya ialah selain daripada anggota yang terpaksa dibuka kerana melakukan sesuatu kerja seperti menguruskan rumah dan seumpamanya. Aurat wanita dengan lelaki mahram pula ialah antara pusat sehingga lutut. Namun jika mendedahkan kawasan lainnya dan boleh menimbulkan fitnah, maka itu juga haram. Sempadan aurat wanita dengan lelaki ajnabi pula adalah seluruh badannya, namun dibenarkan untuk diperlihatkan muka dan tapak tangan sahaja bagi tujuan bermuamalah, meminang, merawat dan sebagainya. Jika dengan melihat muka boleh menimbulkan atau menaikkan syahwat maka anggota itu perlu ditutup dan haram dilihat.
Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka
Muhamad Nazri bin Noh says:
Assalamualaikum tn ustaz,, mohon pencerqhan Yang Alim Ustaz. Boleh ke org lelaki solat pakai sarong tangan atas sebab2 tertentu spt dia tak tahan sejok angin @ aircond.. @ sakit