Taklimat Mengenai Projek Khairat Kematian Untuk Mualaf oleh Sebuah Syarikat Takaful

Alhamdulillah, sebuah syarikat Takaful berminat menaja skim Khairat Kematian saudara baru bagi PERKIM Cawangan Datuk Keramat.

Dengan skim ini, saudara baru bakal menikmati bantuan khairat kematian, yang mana sekiranya mereka meninggal dunia, syarikat Takaful akan membayar semua kos pengurusan jenazah mereka dari awal sehingga ke liang lahad. InsyaAllah dianggarkan seramai 50 orang mualaf akan menyertai skim ini.

PERKIM Cawangan Datuk Keramat juga akan bekerjasama dengan Surau Al Ikhlasiah, Datuk Keramat bagi menjayakan misi ini. Selain itu, pihak surau akan turut menerima manfaat dengan mendapat lebihan daripada kos pengurusan jenazah mualaf ini untuk disumbangkan kembali ke dalam tabung surau.

Untuk pengetahuan semua juga, ada di antara saudara baru ini dipinggirkan keluarga, mereka tidak mempunyai kemampuan kewangan, tiada pekerjaan tetap dan hanya mengharapkan bantuan zakat secara bulanan.

Justeru, usaha sebegini sememangnya sangat bermakna dalam membantu saudara baru, dan ianya patut dipuji. Kami sangat berterima kasih kepada syarikat Takaful ini atas usaha murni yang dilakukan.

Semoga Allah SWT melipatgandakan ganjaran pahala asbab kita melapangkan kesusahan saudara muslim yang lain.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *