WORLD CUP QATAR 2022: MEMPERKENALKAN ELEMEN ISLAM KE SELURUH DUNIA

WORLD-CUP-QATAR-2022-MEMPERKENALKAN-ELEMEN-ISLAM (1)

WORLD CUP QATAR 2022

World Cup 2022 dengan slogan ‘Now Is All’ berlangsung di lapan stadium rasmi di Qatar melibatkan 32 negara. Setiap pasukan diundi dalam 8 kumpulan, dimana setiap kumpulan dihuni oleh 4 pasukan.

Para peminat bola sepak bakal dihiburkan dengan aksi bintang-bintang terkemuka seperti Lionel Messi, Neymar, Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo.

Sebelum melihat penampilan mereka, pembukaan Piala Dunia 2022 telah menarik perhatian dunia. Acara yang berlangsung menjadi topik perbualan popular di media sosial terutamanya mengenai bacaan ayat suci Al Quran.

Acara pembukaan dimulai dengan tayangan filem digital mengenai peradaban kuno padang pasir bersama paus yang terbang di langit. Aktor terkemuka, Morgan Freeman dan Ghanim Muftah menjadi narator dalam acara tersebut.

Ia mengenai kisah kemanusiaan dan penyatuan. Ghanim Muftah kemudian memulakan bacaan Surah Al Hujuraat ayat 13 di upacara pembukaan Piala Dunia 2022.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَـٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭ 

Maksudnya: “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal

Ini juga merupakan kali pertama dalam sejarah, bacaan Al Quran berkumandang dalam acara pembukaan Piala Dunia dibawah kelolaan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Morgan Freeman mengakui terpegun dan kagum dengan bacaan tersebut serta menyifatkan ia adalah sesuatu yang paling indah pernah didengari olehnya.

“Apa yang menyatukan kita di sini jauh lebih besar dari apa yang memisahkan kita,” kata Morgan Freeman dalam pidato pembukaannya.

Kejohanan yang buat julung kalinya diadakan di Timur Tengah itu mencatat perbelanjaan paling tinggi dalam sejarah.

Buat pertama kali juga penerbangan dari Tel Aviv dibenarkan mendarat di Doha bagi memberi peluang buat rakyat Palestin dan Israel menyaksikan Piala Dunia kali ini

“Dari Qatar, dari dunia Arab, saya mengalu-alukan kedatangan semua orang ke Piala Dunia 2022. Betapa indahnya semua orang dapat mengetepikan perbezaan bagi meraikan apa yang menyatukan kita semua,” kata Emir Qatar, Sheikh Tamim.

Putera Mahkota Arab Saudi dan presiden Mesir, Turki serta Algeria, antara pemimpin yang hadir menyaksikan acara pembukaan tersebut.

PENYEBARAN HADITH RASULULLAH

Qatar meletakan sejumlah ornamen berupa banner yang memuat hadith Nabi Muhammad SAW dipelbagai lokasi World Cup 2022. Hal itu tidak lain untuk memperkenalkan islam pada dunia.

Terlepas dari isu pelanggaran hak asasi manusia (HAM) Qatar memanfaatkan status tuan rumah World Cup 2022 untuk memperkenalkan islam.

Salah satunya adalah dengan memasang banner bertuliskan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW diberbagai-bagai lokasi

Hadith-hadith Nabi Muhammad SAW itu ditulis menggunakan bahasa Arab lengkap dengan terjemahan berbahasa Inggeris di bawahnya.

Beberapa hadith Nabi Muhammad SAW yang terpasang di berbagai banner itu bertuliskan “Every good deed is charity” yang bermaksud “semua perbuatan baik adalah sedekah.”

Ada juga banner yang menuliskan hadith Nabi Muhammad SAW yang berbunyi “He who is not merciful to other, will not be treated mercifully” dengan makna “Dia yang tidak berbelas kasih kepada orang lain, tidak akan diperlakukan dengan belas kasihan.

Lalu ada juga banner yang bertuliskan hadith Nabi Muhammad berupa “Guard yourself from the Hellfire, even with half of a date in charity. If one cannot find it, then with a kind word,” yang bermakna “Jagalah dirimu dari api Neraka meskipun dengan sedekah setengah buah kurma. Jika seseorang tidak dapat menemukannya, maka dengan kata yang baik.

Selain menyebarkan hadits-hadits Nabi Muhammad SAW, Qatar memang menerapkan aturan yang ketat berlandaskan ajaran islam untuk Piala Dunia 2022.

Beberapa larangan itu diantaranya adalah larangan membawa alkohol di muka umum, larangan mengibarkan bendera LGBT, larangan seks bebas, larangan kumpul hingga larangan bermesraan di kawasan umum.

Piala Dunia 2022 dijadualkan berlangsung dari 20 November hingga 18 Desember mendatang.

ELEMEN ISLAM DALAM WORLD CUP 2022

Penglibatan agama Islam dilihat sangat dititikberatkan dalam penganjuran World Cup oleh negara Qatar dan mendapat pujian ramai. Ini termasuklah satu perkongsian dari Dr. Muhammad Salah di laman Facebook beliau apabila memaparkan antara 5 elemen yang boleh dipuji tentang cara menyebarkan Islam dengan aman oleh penganjur World Cup Qatar.

What Qatar is doing during #WorldCup2022 to spread the message of Islam 

  • Kalimah Muhammad S.A.W. ﷺ dapat dilihat di setiap tepi bangunan bagi menyebarkan betapa indahnya Islam.
  • Di setiap bilik hotel, mereka menyediakan ‘barcode’ yang boleh diimbas menggunakan telefon pintar dan mempunyai informasi tentang pengajaran Islam, Hadith dan Rukun Iman.
  • Menarik minat orang ramai dengar mendengar suara merdu bilal masjid melaungkan azan. Bahkan mikrofon juga disediakan sehingga ke dalam stadium bagi bilal mudah untuk melaungkan azan solat.
  • Bukan itu sahaja, Qatar Guest Center turut menyediakan 2000 pasukan latihan untuk membimbing orang ramai yang ingin mengetahui Islam dengan lebih mendalam. 10 kenderaan dan 10 khemah yang selesa disediakan.
  • Penganjuran Pameran Islam atau Islamic Exhibiton oleh Kementerian Awqaf dalam pelbagai bahasa untuk kemudahan rakyat dari seluruh pelusuk dunia.
  • Kemudahan surau dan mengambil wuduk di dalam kawasan stadium turut disediakan dan ini merupakan kemudahan pertama kali di dalam sejarah penganjuran World Cup.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top