Ziarah dan Sumbangan kepada Mualaf India (Sarah)

Seorang mualaf berbangsa India, iaitu Sarah telah memeluk Islam sejak tahun 2019 bersama dengan anak perempuannya. Beliau kini sedang berbakti dan menjaga kedua orang tuanya yang sedang sakit. Meskipun ibu dan ayahnya bersama dengan dua orang lagi anaknya belum memeluk agama Islam, namun mereka tetap tinggal serumah. Tetapi itu bukanlah penghalang untuk beliau tetap menunaikan kewajipannya sebagai seorang hamba Allah.

Beliau juga tidak pernah mengeluh dengan berbagai-bagai ujian yang diturunkan kepadanya. Sebaliknya beliau tetap cekal dan cuba berusaha sedaya upaya untuk mencari rezeki dan menyara keluarga besar beliau itu. Melihat akan semangatnya dalam mencari rezeki dan pada waktu yang sama menjaga kedua orang tua, membuatkan kami sangat-sangat bangga terhadap beliau. Insan kuat ini selalu berdoa kepada Allah SWT untuk diberikan kemudahan dan jalan keluar kepada setiap masalah dan kesulitan yang dihadapinya.

InsyaAllah, moga Allah perkenankan doa-doa beliau dan permudahkan urusan hidupnya. Jom sama-sama kita doakan juga supaya Sarah dapat kekal istiqamah dan sentiasa tabah dengan ujian yang diberikan oleh-Nya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top