Ziarah dan Sumbangan Saudara Alias dan Keluarga

perkim-datuk-keramat-1

Semenjak pelaksanaan PKP/PPN beberapa bulan lalu, saya belum berkesempatan menziarahi Encik Alias, anaknya Adam dan ibunya Maryam. Keluarga ini memeluk Islam pada bulan Mei 2021 yang lalu. Saya bertanyakan mengenai perkembangannya. Menurut Alias, beliau berpindah rumah atas faktor ketidak mampuannya membayar sewa rumah, dan rumah baharunya nilai sewaannya agak rendah berbanding rumah terdahulu. Beliau sudah tidak bekerja beberapa bulan lamanya kerana majikannya memberhentikannya. Beliau baru mendapat kerja membantu rakan Mualaf di Sri Rampai dan akan berpindah ke sana dalam beberapa minggu akan datang. Anaknya Adam juga tidak bersekolah sudah beberapa tahun. Anak muda berusia 17 tahun ini masih tidak fasih berbahasa Malaysia, namun mempunyai tekad dan cita-cita tinggi membantu keluarga. Beliau mahu menjadi Chef terkenal suatu hari nanti. Kami mengajarkannya panduan masuk ke kolej tajaan kerajaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kulinari seperti yang diimpikannya. Puan Maryam pula uzur dan tidak mampu berdiri. Setiap hari, keperluan dirinya diuruskan dengan baik oleh Encik Alias. Atas faktor ini juga, Alias bimbang meninggalkan ibunya keseorangan di rumah jika beliau keluar bekerja.Alhamdulillah, mereka sudah mengikuti kelas pengajian Islam secara atas talian. Beberap rakan mengajarkan mereka dalam Bahasa Mandarin mengenai solat dan Fardhu Ain. Saya merasa kagum dengan semangat juang Alias dan keluarganya dalam memahami Islam. Beliau adalah antara Saudara Baru yang kami bantu setiap bulan. Sehingga hari ini, seramai 20 orang yang kami salurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai dan sesekali disampaikan barangan keperluan. Apa yang diharapkan adalah Alias dapat berdikari dengan kemampuan kewangan selain memahami dan mengamalkan Islam sebagai suatu cara hidup.
perkim-datuk-keramat-2
perkim-datuk-keramat-3

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top