Ziarah Puan Aini Syuhada

Pada hujung minggu lepas, kami berkesempatan menziarahi Puan Nor Aini Syuhada, ibu tunggal bersama dengan empat orang anaknya. Beliau baru sahaja diarahkan keluar rumah oleh pemilik rumah sewanya dalam keadaan beliau tidak bersedia mendapat penempatan rumah baharu.
 
Alhamdulillah, keprihatian banyak pihak termasuk dari beberapa NGO dan Yayasan, membantu beliau mendapatkan rumah buat penempatan baharunya. Kami bertemu sendiri dan mendengar dari lidah beliau sendiri segala keperitan hidup yang ditanggugnya.
 
Puan Nor Aini Syuhada ini memeluk Islam pada tahun 2017. Beliau berasal dari Sabah, sementara keluarganya masih belum memeluk Islam kecuali beliau dan adiknya. Hidupnya kini terkontang kanting tanpa bantuan. Beliau tiada saudara mara untuk membantunya di Semenanjung Malaysia ini.
 
Suaminya telah meninggalkannya tanpa nafkah dan pembelaan. Bahkan, membiarkan wanita ini mengharungi hidup seorang diri. Dalam kesempatan ini, kami sampaikan sumbangan berupa barangan keperluan serta sedikit wang tunai buat beliau dan anak-anaknya. In Sya Allah, buat masa bberapa bulan ini, kami akan cuba membantu beliau memenuhi keperluan keluarganya.
 
Puan Aini sangat bersungguh-sungguh mahu mempelajari Islam. Baginya nilai Syahadah yang dilafazkannya perlu diamalkan dalam kehidpannya seharian. Beliau menyertai kelas Online kami setiap Jumaat malam.
 
Kami doakan agar beliau bertabah atas ujian yang menimpanya. Yakinlah, Islam itu bersaudara, dan setiap umat Islam tidak akan membiarkan Puan Aini dan keluarganya hidup dalam kesusahan dan penderitaan, sedangkan kita semua yang lain hidup dalam kesenangan dan kekenyangan.
Sumabangan-aini-syuhada-4
Sumbangan-aini-syuhada-5
    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *