9 Kelebihan Sedekah Yang Ramai Tidak Sedar –

Pernah tak kita terfikir kenapa kita perlu sedekah? Adakah kita cukup yakin bahawa rezeki yang Allah datangkan itu 100% milik kita? Adakah kita gembira dan seronok makan di restoran mewah, tanpa berasa kasihan sedikit pun pada makcik yang jual kerepek di kaki lima? Atau adakah kita rasa rimas setiap kali ada orang yang datang meminta bantuan dari kita?

Jika kita mempunyai ciri- ciri tersebut, kita mungkin telah terjerumus menjadi seorang yang kedekut atau bakhil. Tahukah anda , bahawa Allah sangat membenci orang yang bakhil sehingga disediakan bagi golongan ini sebuah pintu khas iaitu Neraka Hutamah. Neraka Hutamah disebutkan dalam surah Al-Humazah dari awal hinggga akhir, menggambarkan tempat dimana manusia terlalu asyik dengan harta yang dimilikinya berbanding dengan ALLAH S.W.T Nauzubillah…

Antara kelebihan sedekah yang utama ialah, ia dapat menghindarkan diri dari sifat bakhil. Amalan sedekah ini bukan sahaja dapat membantu kita di akhirat nanti, malah terdapat banyak kelebihan sedekah yang ramai tidak tahu. Nak tahu apa dia? Mari kita berkongsi 9 kebaikan sedekah 

Apa itu Sedekah menurut Islam?

Sedekah merupakan pemberian seseorang kepada individu yang bertujuan untuk mendekatkan lagi diri dengan ALLAH S.W.T. Ia boleh dilakukan secara terang terangan atau secara sembunyi

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

kelebihan sedekah

9 Kelebihan Sedekah

1. Menjauhkan Diri Dari Sifat Kedekut Dan Bakhil

Sebagai umat islam, kita perlu menghindarkan diri daripada tergolong dengan sifat kedekut dan bakhil kerana ia boleh menyebabkan kita terjerumus ke dalam api neraka. Antara kelebihan sedekah adalah, ia mendidik jiwa seseorang itu untuk memupuk rasa berkorban untuk orang lain. Melepaskan apa yang dimiliki agar dapat membantu orang lain yang dalam kesusahan

Dengan bersedekah juga, dapat memupuk rasa kasih dan sayang serta mengeratkan lagi silaturahim antara saudara seislam. Seperti yang dirakamkan dalam Al-Quran

Firman-Nya yang bermaksud: “Orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat  rahmat.” (Surah al Hujurat, ayat 10).

2. Menghapuskan Dosa

Sebagai manusia, kita tidak terlepas dari membuat dosa. Tidak kiralah dosa kecil mahupun dosa besar, kita tidak boleh lari dari membuat dosa. Dan cara yang terbaik untuk menghapuskan dosa dosa kita adalah dengan bertaubat.

Tapi, adakah anda tahu, bahawa bersedekah juga mampu untuk menghapuskan dosa? 

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidzi, bermaksud :

”Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”

Namun begitu, bukanlah bermaksud dengan bersedekah kita tidak lagi perlu bertaubat. Bersegeralah bertaubah dan perbanyakkanlah bersedekah. Sesungguhnya dengan sifat Allah yang Maha Pengampun, Allah akan mengampunkan dosa dosa kita yang terdahulu.

3. Rezeki Bertambah

Adakah anda pernah mendengar ungkapan , “Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah? Ungkapan itu betul dan tepat. Secara realitinya, kita bukanlah perlu tunggu kaya baru hendak bersedekah, tetapi sedekahlah sehingga mencapai kekayaan. Kalau di fikir secara logik, bagaimana dengan memberi kita boleh menjadi kaya? Mestilah jadi semakin miskin, betul? 

Tapi itulah adalah kekuasaan Allah. Allah akan beri lebih kepada orang bersyukur (bersedekah) . Dan Allah juga berjanji bahawa sesiapa yang bersyukur Allah akan tambah nikmatnya. 

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”(Ibrahim: 7)

KEBAIKAN-SEDEKAH

4. Mendekatkan Diri Dengan Allah

Kita sebagai hamba Allah tidak boleh tidak seharusnya rasa bongkak dan takabur dengan harta yang diberi oleh Allah. Kerana sesungguhnya sifat bongkak dan takabur itu hanya milik Allah. Dengan bersedekah, kita akan dapat kikis sifat-sifat itu. Oleh kerana itu, Allah akan menyayangi mereka yang mempunyai hati yang sentiasa bersyukur dan rendah hati.

5. Memanjangkan Umur

Amalan sedekah ini juga dapat memanjangkan umur seseorang. Dengan bersedekah dan izin Allah, jangka umur individu yang selalu bersedekah akan lebih panjang

Perkara ini boleh dilihat dalam hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”

6. Terhindar Dari Azab Kubur

Antara 3 perkara/amalan yang manusia tinggalkan setelah mati adalah ilmu , anak soleh dan sedekah.

Maksudnya:

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11, hlm.87.

Antara tiga amalan yang dapat membantu kita di alam kubur, salah satu dari amalan itu adalah bersedekah. Sedekah yang kita lakukan semasa hidup, mampu melindungi kita dari azab kubur. 

Bayangkan kita pernah menderma untuk pembinaan kipas di masjid. Selagi masjid itu teguh berdiri dan kipas  itu berpusing, selagi itulah kubur kita akan menjadi sejuk dan terhindar dari azab api yang panas. Masyallah, betapa banyaknya kebaikan sedekah

sedekah

7. Menambah Pahala

Selain daripada menghapuskan dosa, kebaikan sedekah dengan ikhlas juga akan diberi  ganjaran pahala oleh Allah S.W.T. Ini kerana dengan setiap amalan baik Allah akan memberikan ganjaran atas setiap amalan itu. Ini boleh dilihat di dalam Al-Quran di mana Allah berfirman:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”

(Surah an-Nisa:114)

8. Memberi Ketenangan Jiwa

Pada zaman sekarang, ramai orang diluar sana dihimpit dengan perasaan tertekan atau stress. Antara penyebabnya mungkin dari segi kewangan, dan juga perhubungan. Ramai yang tertekan kerana menghadapi masalah kewangan hingga sanggup mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mereka merasakan hidup ini tidak bererti. Malahan, jiwa dan hati mereka sentiasa tidak tenteram. Jadi, bagaimana caranya untuk mendapat jiwa yang tenang?

Dengan berkongsi rezeki dengan orang lain, jiwa akan berasa lebih tenang dan tenteram. Jika kita berfikir dengan bersedekah itu mengurangkan duit kita dan akan menambah stress dimasa hadapan, tanggapan itu adalah salah.

Walaupun kita miskin, dengan bersedekah Allah janji akan memberi ketenangan kepada kita. Untuk orang yang kaya pula, harta yang banyak hanya akan mendatangkan kerunsingan jika tidak diurus dengan betul. Oleh sebab itulah, hanya dengan bersekah, hati akan merasa tenang

9. Melindungi Diri Dari Bahaya

Pernahkah anda terlibat dalam kemalangan tetapi anda terselamat dan tidak mengalami apa apa kecederaan. Dalam hati anda kuat menyatakan bahawa, anda bernasib baik. Namun adakah anda sedar yang sebenarnya, ia mungkin adalah sebab amalan sedekah yang telah anda buat dulu? Kerana salah satu kebaikan sedekah ialah, Allah akan hindarkan kita dari bahaya. Rasulullah SAW bersabda:

“Bersegeralah bersedekah sebab bala bencana tidak pernah mampu mendahului sedekah. Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala dan bencana dan yang paling ringan ialah penyakit kusta dan sopak.” (Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)

Jadi marilah bersama sama, kita jadikan amalan sedekah ini suatu yang sangat dekat dengan diri kita. Jadikanlah sedekah ini rutin harian kita sebagai umat islam kerana terdapat banyak kebaikan sedekah yang kita akan peroleh Tidak kiralah sama ada sedekah dalam bentuk wang ringgit atau pun sedekah dalam bentuk tenaga atau masa, lakukan dengan hati yang ikhlas tanpa mengharap apa apa pembalasan dari manusia. Lakukankanlah semata mata kerana Allah

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *