Siapa Yang Perkim Datuk Keramat Bantu?

Perkim datuk keramat merupakan sebuah NGO yang membantu rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan.  Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) telah diasaskan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan didaftarkan pada 19 Ogos 1960. Selepas penubuhannya, Tunku telah dilantik sebagai penasihat sehingga tahun 1971 dan dipilih sebagai Presiden sehingga tahun 1989. Perkim  banyak menghulurkan bantuan kepada asnaf, anak yatim, muallaf , warga emas, ibu tunggal dan juga mereka yang menghidap penyakit kronik.

Antara Bantuan Bantuan Yang Telah Diagihkan Oleh Perkim Datuk Keramat

Bantuan Muallaf

Majlis Sumbangan kepada Saudara Baru Islam (4 Disember 2021) Majlis penyampaian sumbangan kepada saudara baru yang berlangsung pada 4 Disember telah ditaja oleh Ibadah.sg.pte.ltd yang merupakan sebuah NGO Islam dari Singapura.

Artikel lanjut di :

Majlis Sumbangan kepada Saudara Baru Islam

Bantuan Asnaf

Puan Maziah Othman menetap di Air Panas Setapak. Beliau hidup seorang diri tanpa keluarga. Sebelum ini beliau pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan, namun beliau patah kaki akibat kemalangan. Oleh itu, majikannya memberhentikannya.

 

PERKIM Datuk Keramat sedia membantu dengan sumbangan tetap. Walaupun tidak dapat menampung sepenuhnya kos di rumah mereka, namun sedikit sebanyak ia menampung buat membayar apa yang perlu. Dengan sifat organisasi kami yang kerdil ini, dengan jumlah wang tunai hasil sumbangan masyarakat itu kami salurkan kepada golongan yang memerlukan seramai mungkin dengan kemampuan yang ada.

Artikel lanjut di :

Sumbangan Tunai Kepada Asnaf Miskin Bandar

Bantuan Warga Emas

Sebanyak 20-30 Pek pampers dewasa dibekalkan setiap bulan kepada hampir 7-10 warga emas. Sasaran kami sumbangan ini mencecah 50 warga emas dan pesakit kronik dibantu dengan 3-4 pek seorang setiap bulan. Walaupun mungkin nilainya sedikit, tetapi ia bererti buat mereka yang memerlukannya.

Artikel lanjut di :

Sumbangan Pampers Dewasa

Bantuan Ibu Tunggal

Puan Jamilah tenang dan sabar menjaga dua orang anaknya yang sakit Parkinson. Salah seorang darinya tidak boleh berdiri serta menguruskan dirinya. Anaknya itu juga pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Artikel lanjut di :

Menyantuni Ibu Kepada 2 Orang OKU

Bantuan Ibu Tunggal

Puan Jamilah tenang dan sabar menjaga dua orang anaknya yang sakit Parkinson. Salah seorang darinya tidak boleh berdiri serta menguruskan dirinya. Anaknya itu juga pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Artikel lanjut di :

Menyantuni Ibu Kepada 2 Orang OKU

Bantuan Sakit Kronik

Kisahnya begitu menginsafkan. Ibunya telah lama meninggal dunia manakala ayahnya meninggal dunia pada tahun 2018. Anak muda ini berusia 34 tahun, tidak boleh bekerja kerana menghidapi sakit tulang belakang (slip disc), jantung, ghout dan lain-lain. Beliau mempusakai rumah peninggalan arwah ayah serta kereta dan motor yang hanya tersadai di rumah. Sekali imbas ia mencukupi kehidupan seorang insan, namun sebaliknya yang berlaku.

Artikel lanjut di :

Menderita Sakit Tulang Yang Teruk

Kelebihan bersedekah bersama Perkim Datuk Keramat

Sumbangan yang dibuat melalui perkim datuk keramat khusus untuk rakyat Malaysia sahaja, Tidakk seperti NGO lain, mereka lebih banyak menfokuskan negara luar berbanding Malaysia. Apabila menyumbang dengan Perkim, sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat Malaysia yang kesusahan dan membantu merapatkan jurang kekayaan di Malaysia.

Fokus membantu golongan-golongan tertentu

Kebanyakan NGO hanya membantu mereka yang susah dari segi kewangan sahaja, sedangkan PERKIM membantu pelbagai jenis golongan masyarakat yang susah dari segi kewangan, kesihatan, dan agama. Antara mereka yang PERKIM bantu adalah ibu tunggal, muallaf, mereka yang menghidap penyakit kronik, warga emas dan juga asnaf. Dengan cara begini, sedekah yang anda lakukan bersama PERKIM akan sampai kepada lebih ramai orang yang memerlukan.

Bentuk bantuan yang diberikan adalah pelbagai

Perkim bukan sahaja memberi bantuan dari segi wang tunai dan keperluan asas seperti makanan semata-mata, malah bantuan yang diberikan juga adalah untuk manfaat berpanjangan. Sebagai contoh, Perkim ada memberikan sumbangan beberapa buah motosikal dan kereta sebelum ini bagi memudahkan kehidupan para penerima. Jadi selagi ia memberi manfaat kepada penerima ini, selagi itulah pahala akan mengalir buat para penyumbang.

Penyumbang boleh memilih kategori sumbangan

Apabila klik di borang onpay untuk membuat sumbangan, terdapat pelbagai pilihan kategori sumbangan. – Antaranya adalah:

  • Bantuan Khas Prihatin Rakyat
  • Bantuan Untuk Pesakit Kronik
  • Bantuan Untuk Isi Rumah
  • Bantuan Untuk Warga Emas
  • Bantuan Untuk Asnaf
  • Bantuan Untuk Pendidikan
  • Sumbangan Khas
  • Sumbangan Ikhlas

Dengan adanya kategori sumbangan seperti ini, para penyumbang lebih jelas ke mana wang mereka akan disalur dan digunakan nanti.

Sentiasa update berkenaan dengan sumbangan

Setiap derma anda bersama PERKIM akan sentiasa di hebahkan dalam media social dan juga blog PERKIM. Para penyumbang akan mengetahui bagaiman duit yang mereka sedekahkan itu digunakan, Setiap bantuan yang PERKIM buat akan sentiasa di war-warkan melaui gambar, video dan sebagainya, Para penyumbang boleh ikuti akaun media sosial Perkim seperti Facebook Perkim Cawangan Datuk Keramat dan Instagram perkimkeramatpage untuk update-update terkini.Para penyumbang juga boleh terus ke laman web Perkim Datuk Keramat yang turut kami update setiap aktiviti Perkim, info dan perkongsian lanjut.

Mempunyai Channel Telegram yang khusus.

Perkim Datuk Keramat menyediakan Channel Telegram khusus buat para penyumbang untuk menghargai setiap sumbangan yang diberikan. Pelbagai pengisian dan perkongsian ilmu terdapat di Channel tersebut. Antara aktiviti yang di lakukan dalam channel tersebut adalah tazkirah ringkas pada setiap selasa dan juga bacaan yasin pada setiap hari khamis yang disiarkan secara “live” dalam channel tersebut.

Sudahkah Anda Bersedekah Hari Ini?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti asnaf, ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik , muallaf, anak yatim dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top