Setiap orang yang berniaga pasti sedar akan risiko persaingan lebih-lebih lagi jika menjual makanan. Jadi, masing-masing seharusnya lebih dewasa dan berfikir secara positif dengan menganggap akan ada rezeki tersendiri walaupun apa yang dijual adalah sama. Namun begitu, ada juga yang merasakan perkara tersebut sebagai satu ancaman sehingga dengan sengaja mencetuskan pergaduhan.
Menerusi video yang tular di media sosial terutamanya di Twitter, seorang pengguna telah memuat naik video menunjukan pergaduhan antara peniaga-peniaga nasi lemak. Dalam video terbabit, dapat dilihat peniaga nasi lemak telah menyerang peniaga di gerai lain kerana tidak berpuas hati dengan menu jualan mereka yang sama. Mak cik nasi lemak dan seorang lelaki itu turut ‘memetik’ nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung kawasan perniagaan tersebut dan bersungguh-sungguh menghalau pemilik gerai yang baru sebulan memasang khemah disitu supaya tidak berniaga di lokasi terbabit. Lebih membuatkan netizen yang mendengar pertengkaran tersebut meluat adalah tindakan mak cik nasi lemak itu yang memarahi peniaga wanita terbabit kerana beristighfar dengan kelakuannya.
Sedangkan kuasa membebli itu datangnya daripada pembeli itu sendiri. Jika kurangnya pembeli disesebuah kedai pasti ada kelemahan yang perlu diperbaiki.jika ada sesebuah kedia yang ramai pembelinya, pasti ada kelebihan yang perlu dicontohi. Tidak perlu dengki mendengki sesama sendiri. Inikan pula sampai ada yang memeras ugut dan lebih teruk lagi sanggup hantar santau. Ambillah dari sisi positif untuk mempelajari antara satu sama lain dan bersaing secara sihat. Walau bagaimanapun, kesahihan punca pertengkaran tersebut tidak dapat dipastikan memandangkan video asal telah dipadam
Sepertimana yang telah dinyatakan sebelumnya, persaingan dalam perniagaan pasti akan ada dan takkan boleh dielakkan. Namun, persaingan ini bukan menunjukkan permusuhan antara sesama peniaga, namun persaingan ini boleh dijadikan sebagai platform untuk meningkatkan mutu perniagaan, tahap kebersihan kedai, kualiti layanan, keunikan barang jualan dan sebagainya. Secara tidak langsung peniaga mampu untuk mempelajari sesuatu antara satu sama lain dan lebih mendamaikan bila seseorang peniaga boleh syorkan kedai-kedai disekelilingnya apabila kedainya terlalu ramai orang. Keharmonian dalam seseuah komuniti dapat diwujudkan jika tidak ada unsur dengki. Justeru, ada beberapa perkara yang perlu difahami tentang persaingan secara sihat, antaranya:
Disamping solat, puasa dan ibadah khusus yang lain, setiap pekerjaan yang diniatkan kerana Allah SWT juga dikira sebagai ibadah. Ini bermakna, kewujudan persaingan dalam perniagaan, ia menunjukkan setiap orang daripada mereka berusaha dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan ibadah ini. Hal ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat ke 148:
فَٱسْتَبِقُوا۟ ٱلْخَيْرَٰتِ ۚ أَيْنَ مَا تَكُونُوا۟ يَأْتِ بِكُمُ ٱللَّهُ جَمِيعًا ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ
Maksudnya: “Oleh itu berlumba-lumbalah kamu dalam mengerjakan kebaikan; kerana di mana-mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Kejayaan merupakan satu permainan minda. Ungkapan ini menggambarkan betapa perlunya kita memiliki minda yang betul. Kita perlu menetapkan dan melazimkan minda kita bahawa pesaing adalah rakan yang membantu kita unutk lebih menyerlahkan potensi dan kekuatan diri untuk menjadi lebih cemerlang. Budaya minda yang betul ini sangat mudah untuk diucapkan namun, untuk mencetuskan pemikiran yang positif melalui tindakan memerlukan ikhtiar yang berterusan.
Melalui setiap kegagalan dan jadikannya sebagai suatu peluang untuk memperbaiki kelemahan diri untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Bak kata pujangga “kita tidak pernah kalas, cuma apa yang kita alami sekarang adalah satu kemenangan yang tertangguh. Lihatlah dan belajarlah dari kehebatan pesaing, bukannya menuding dan menyebarkan kelemahan yang ada pada mereka. Hikmah dan kebijaksanaan itu perlu dipelajari walaupun daripada musuh sendiri. Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Hikmah itu laksana barang tercicir kepunyaan orang beriman, maka dialah yang berhak mengambilnya”. (HR Tirmizi)
Melihat pesaing itu bukanlah dengan mata permusuhan tetapi dengan menjadikan mereka sebagai rakan. Gunakan pesaing-pesaing ini sebagai pendorong untuk meningkatkan prestasi perniagaan. Semakin hebat strategi yang dipamerkan, semakin hebat jugalah persaingan yang diwujudkan. Sepertimana yang pernah dilalui ketika zaman persekolahan, berlumba-lumbala pelajar untuk mendapatkan tempat yang pertama dalam peperiksaan, begitu juga dengan perniagaan. Kedai yang lebih menarik hati pembeli, maka disitulah kuasa membeli itu wujud.
Kegagalan yang sebenar bukannya terjadi bilamana ada sepuluh kedai yang baru dibina secara berhampiran tetapi bilamana diri sendiri telah berputus asa dan tidak mahu berusaha lagi. Pesaing sebenar adalah diri kita sendiri. Ukuran sebuah kemenangan adalah apabila kita mampu meningkatkan kualiti dan mutu yang lebih baik daripada semalam. Tidak perlu iri hati dan cemburu dengan kejayaan orang lain kerana mereka juga pernah melalui waktu-waktu susah yang kita tidak ketahui. Asalkan kita mempunyai iltizam untuk berjaya dan memperbaiki kelemahan sendiri, maka kejayaan akan diperoleh samada cepat atau lambat sahaja.
Untuk menguruskan sebuah persaingan, kita memerlukan perancangan yang kukuh dan strategic dengan memilih tindakan yang terbaik untuk respons kepada persekitaran yang dinamik. Kita perlu bijak mencari peluang dan teknik yang baru dalam perniagaan. Apabila kita gagal merancangan, sebenarnya kita merancang untuk gagal. Melalui alaf yang baharu ini, setiap orang perlu sesuai mengikut arus masa yang semakin moden. Perlu bijak mencari platform lain untuk menjalankan perniagaan.
Demikianlah perkara yang harus diketahui berkenaan adat persaingan tidak kira dalam bentuk perniagaan, arena kesukanan, konteks akademik dan sebagainya. Persaingan yang sihat sangat banyak kelebihannya dan manfaatnya boleh dikongsi bersama.
Sepertimana jodoh dan ajal, begitu juga soal rezeki yang telahpun tertulis bagi setiap orang. Rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk dan rupa tanpa mengira waktu dan keadaan. Boleh jadi rezeki itu datang saat yang tidak dijangkakan dan boleh jadi rezeki itu ada tetapi mata dikaburi kerana dengki dan iri hati dalam diri. Dengan adanya persaingan yang sihat iaitu meletakkan minda yang betul, meningkatkan potensi diri, belajar dari kesilapan, merancang strategi yang terbaik, kita juga perlu yakin dengan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Rezeki itu tidak pernah salah alamat, tidak lambat dan tidak cepat, tepat pada waktunya. Sesetengah daripada kita yang lupa untuk bersyukur menyebabkan pandangan kita menjadi sempit tentang rezeki Allah sedangkan rezeki Allah itu seluas lautan. Setelah berusaha dengan sehabis baik dan semampunya, serahkanlah kepada takdir dan ketentuan Allah SWT. Terdapat beberapa jenis rezeki, antaranya:
Sebagai manusia di muka bumi yang diberikan akal dan fikiran oleh Allah SWT, hendaklah memanfaatkan nikmat tersebut dalam mencari rezeki. Ini kerana Allah SWT telah menjamin rezeki seseorang sejak mulai dari kandungan ibunya lagi. Firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat ke-6:
وَمَا مِن دَآبَّةٍۢ فِى ٱلْأَرْضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّۭ فِى كِتَـٰبٍۢ مُّبِينٍۢ
Maksudnya: “Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menetapkan rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).“
Sumber rezeki kedua adalah dari hasil usaha manusia. Allah SWT tidak akan menutup rezeki bagi umatnya yang telah bersungguh-sungguh berusaha serta berdoa demi mendapatkan rezeki dari-Nya. Dan Allah akan memberikan yang setimpal dengan a apa yang telah diusahakan. Firman Allah dalam Surah An-Najm ayat ke-39:
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
Maksudnya: “Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.”
Sebanyak mana rezeki yang kita peroleh, hendaklah kita sentiasa mensyukurinya. Ini kerana dengan banyak bersyukur, Allah akan menambahkan nikmat itu berkali ganda kepada kita. Dijelaskan dalam firman Allah Surah Ibrahim ayat ke-7:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌۭ
Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur niscaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.”
Selanjutnya rezeki yang tidak terduga. Pernahkah kita mendapat sesuatu rezeki yang tak terduga dari seseorang, seperti hadiah, pakaian atau makanan atau benda-benda lain? Sudah tentu itu juga dinamakan rezeki. Tidak semesetinya wang ringgit semata-mata. Jika seseorang beriman dan bertakwa pada Allah SWT, maka hal yang tidak diduga ini akan mudah untuk diperoleh. Firman Allah dalam Surah At-Talaaq ayat ke-2-3:
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًۭا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
Maksudnya: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.”
Selain dapat menghapuskan dosa, istighfar dan mengucapkan tahmid juga dapat mendatangkan rezeki yang murah dan tidak disangka-sangka. Firman Allah dalam Surah Nuh ayat ke-10-11:
فَقُلْتُ ٱسْتَغْفِرُوا۟ رَبَّكُمْ إِنَّهُۥ كَانَ غَفَّارًۭا ١٠ يُرْسِلِ ٱلسَّمَآءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًۭا ١١
Maksudnya: “Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyak harta.”
Berkahwin juga termasuk salah satu sumber rezeki untuk seseorang. Oleh yang demikian, janganlah takut untuk berkahwin, kerana Allah telah berjanji dalam Surah An-Nur ayat ke-32:
وَأَنكِحُوا۟ ٱلْأَيَـٰمَىٰ مِنكُمْ وَٱلصَّـٰلِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَآئِكُمْ ۚ إِن يَكُونُوا۟ فُقَرَآءَ يُغْنِهِمُ ٱللَّهُ مِن فَضْلِهِۦ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌۭ
Maksudnya: “Dan kawinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang saleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah karunia-Nya karena Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah karunia-Nya), lagi Maha Mengetahui.“
Yakinlah bahawa limpahan rezeki akan datang melalui amalan bersedekah. Hal ini tercatat dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-245:
مَّن ذَا ٱلَّذِى يُقْرِضُ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًۭا فَيُضَـٰعِفَهُۥ لَهُۥٓ أَضْعَافًۭا كَثِيرَةًۭ ۚ وَٱللَّهُ يَقْبِضُ وَيَبْصُۜطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Maksudnya: “Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.“
Begitu banyak asbab kepada datangnya rezeki, bahkan nikmat hidup yang masih ada inipun adalah rezeki untuk kita terus beribadah, bekerja dan belajar pada hari ini. Janganlah pernah hilang rasa syukur dalam diri kerana apa yang kita terima tidak akan mampu kita balas semula melainkan dengan rasa kehambaan dan kesyukuran kepada Allah SWT. Berbalik kepada isu nasi lemak pada awalnya, pupuklah diri untuk jauhkan diri daripada hasad, semangat bersaing secara sihat dan percaya dan yakin dengan rezeki Allah SWT.
Wallahua’lam.
Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka