ISU VIDEO ABANG TESLA MENGUNDANG KEMARAHAN WANITA DI MALAYSIA

VIDEO ABANG TESLA MENGUNDANG KEMARAHAN WANITA DI MALAYSIA

Zaman sekarang adalah zaman IT dan teknologi dimana kitab oleh dapat berita secara meluas atas talian sahaja. Bahkan dengan peredaran zaman ini juga semakin bercambah peluang pekerjaan yang ada dalam kehidupan seharian kita. Sehinggakan ada yang sering memuatnaik video sendiri di laman seoial setiap hari. Punya hebat zaman sekarang, kitab oleh kenal orang lain melalui video-video yang dimuatnaik oleh seseorang itu sahaja tanpa berjumpa atau menyapanya. Ada yang melakukannya kerana suka-suka dan ada yang kerana kerja seperti marketing dan sebagainya.

Baru-baru ini hangat menjadi hashtag di lama sosial berkenaan ‘Abang Tesla’ yang sering memuatnaik video berkenaan kereta canggihnya dimedia sosial. Namun yang menjadi bualan orang ramai bukanlah berkenaan video keretanya tetapi video tuan badan sedang solat subuh berjemaah bersama isterinya dan memeluk untuk memujuknya agar dapat kerelaan berkahwin seorang lagi.

Yang menjadi isunya adalah begitu ramai yang mempersoalkan poligami sehingga ada yang meroyan di ruangan komen seolah-olah mempersoalkan hukum Allah iaitu poligami. Kita sering disajikan dengan berita-berita poligami yang tidak baik kerana berkait dengannya isu curang, skandal dan banyak lagi masalah rumahtangga. Perkara ini yang menyebabkan begitu ramai Wanita diluar sana yang marah sehingga ada terlanjur kata mempersoalkan hukum Allah.

Sungguhpun kata-kata atau komen seperti itu tidak sepatutnya dilontarkan, kita perlu melihat juga kepada perkara yang menyumbang terjadinya komen tersebut. Salah satunya ialah memuatnaik video seperti ‘Abang Tesla’ inilah. Tidak semua perkara perlu dimuatnaik untuk menjadi tontonan umum. Cukuplah sekadar privasi sesama suami isteri. Janganlah kita menunjukkan sesuatu yang tidak perlu untuk menjadi tontonan orang ramai sehingga menyebabkan sesuatu yang asalnya okay atau tiada apa-apa, tetapi menjadi isu kerana video seperti ini. Oleh itu, artikel ini akan membincangkan tentang hukum poligami menurut Islam dan bahayanya mendedahkan privasi di laman sosial.

POLIGAMI MENURUT ISLAM

Poligami telah wujud sejak dulu lagi

Sabda Rasulullah SAW :

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ غَيْلَانَ بْنَ سَلَمَةَ الثَّقَفِيَّ أَسْلَمَ وَلَهُ عَشْرُ نِسْوَةٍ فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَأَسْلَمْنَ مَعَهُ فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَتَخَيَّرَ أَرْبَعًا مِنْهُنَّ .  ( رواه ترميدي )

Hadis tersebut di atas, membicarakan tentang Ghailan As-Tsaqafi yang mana sebelum masuk Islam mempunyai sepuluh orang isteri. Ketika ia masuk Islam ke sepuluh orang istrinya itu turut masuk Islam bersamanya. Oleh karena dalam Islam seorang laki-laki tidak boleh beristeri lebih dari empat, maka Nabi menyampaikan hadits di atas. Yakni, menyuruh atau memerintah mempertahankan empat diantara mereka dan menceraikan yang lainnya.

Hadis senada dengan riwayat di atas adalah sebagaimana juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ahmad dari jalan yang berbeza, iaitu :

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ أَسْلَمَ غَيْلَانُ بْنُ سَلَمَةَ وَتَحْتَهُ عَشْرُ نِسْوَةٍ  فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  خُذْ  مِنْهُنَّ أَرْبَعًا . (رواه ابن ماجه).

Maksudnya: “Telah bercerita kepada kami Yahya bin Hakim; telah bercerita kepada kami Muhammad bin Ja’far; telah bercerita kepada kami Ma’mar; dari Az-Zuhri; dari Salim; dari ibnu Umar; berkata : Ghailan bin Salamah masuk Islam, sedangkan padanya ada sepuluh orang istri, maka Nabi SAW bersabda padanya ; “silahkan ambil (pertahankan) empat diantara mereka”. (HR. Ibnu Majah)

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ غَيْلَانَ بْنَ سَلَمَةَ الثَّقَفِيَّ أَسْلَمَ وَتَحْتَهُ عَشْرُ نِسْوَةٍ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اخْتَرْ مِنْهُنَّ أَرْبَعًا. (رواه  أحمد) 

Maksudnya: “Telah bercerita kepada kami Ismail; telah mengkhabarkan kepada kami Ma’mar dari Az-Zuhri, dari Salim, dari bapaknya, bahwa Ghailan bin Salamah masuk Islam, dan padanya ada sepuluh orang istri, maka Nabi SAW bersabda padanya; “pilihlah empat diantara mereka”. (HR. Ahmad)

  • Sifat Lelaki

 Setiap lelaki normal,  memang  menyimpan hasrat untuk berkahwin lebih daripada satu, sekalipun dia belum pernah diuji dengan perkahwinan . Sebenarnya, keharusan berpoligami di dalam Islam adalah diberi kepada pasangan yang mempunyai masaalah dengan perkahwinan yang sedia ada.  Kebanyakan sebab atau masaalah tersebut adalah berpunca dari  pihak  isteri seperti sebab kemandulan, sakit, gila, dan lain-lain. Dalam setengah-setengah keadaan pula,   ia juga boleh berpunca dari suami, misalnya keinginan seksual suami yang terlalu tinggi sehingga isteri sedia ada tidak mampu untuk memberi layanan sewajarnya, maka Islam memberikan jalan keluar dengan diharuskan  berpoligami tetapi dengan syarat tertentu.

  • Adil Dan Mampu

Mampu berlaku adil dikalangan isteri-isteri dan berkemampuan memberikan nafkah zahir dan batin tetap ditagih dan menjadi syarat utama bagi suami yang ingin berpoligami. Syarat-syarat yang melayakkan seseorang lelaki itu berkahwin lebih dari satu dengan jelas telah dinyatakan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri di Malaysia.

  • Hak Suami

Di dalam Islam,  keizinan isteri bukan menjadi syarat keharusan poligami tetapi ia hanya sebagai suatu kesempurnaan sahaja. Ada terdapat pula suami yang memperguna ayat al-Quran dari Surah an-Nisa’ ayat 3  tentang keharusan  poligami kepada isteri tanpa dibaca dengan sempurna keseluruhan daripada ayat tersebut:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ

Maksudnya: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga, atau empat…”.

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا

Maksudnya: “Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”

  • Takutlah Amaran Rasulullah SAW

Sepatutnya apa yang perlu diketengahkan dalam masyarakat ialah amaran yang dinyatakan syarak jika tidak berlaku adil dalam berpoligami sebagaimana yang telah disebut oleh nabi SAW:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ كَانَ لَهُ زَوْجَتَانِ فَمَالَ إِلَى أَحَدِهِمَا فِيْ الْقِسْمِ جَاءَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَ أَحَدُ شَاقَيْهِ مَائِلاً

Maksudnya: “Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah.” (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

  • Hakikat Poligami

Poligami adalah syariat Islam yang merupakan sunnah Rasulullah SAW. Dari segi hukum  berpoligami ia adalah harus dengan bersyarat.  Syarat boleh berlaku adil dan berkemampuan. Keadilan pula adalah  suatu perkara yang amat sukar untuk dilaksanakan. Di dalam surah yang an-Nisa’ ayat 129, Allah telah menyatakan:

وَلَنْ تَسْتَطِيعُوا أَنْ تَعْدِلُوا بَيْنَ النِّسَاءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالْمُعَلَّقَةِ

Maksudnya: “Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan)”

  • Hakikat Sebenar

Sebenarnya bukan poligami yang bermasalah tetapi orang yang berpoligami itu yang bermasalah. Ini kerana  Allah tidak menghalalkan sesuatu yang memudharatkan manusia. Masalah timbul dari segelintir orang yang mempraktikkan poligami, maka kita terus  mengatakan bahawa poligami membawa masalah. Saban hari masalah yang kita baca di dada-dada akhbar tentang masaalah poligami adalah datangnya dari orang yang mengamalkan poligami yang tidak menepati syarak tetapi bukannya poligami itu sendiri. Ramai orang yang mengamalkan poligami berada dalam keadaan bahagia tetapi tidak diwar-warkan oleh media masa.

Selain itu juga, harus diakui oleh para wanita bahawa poligami bukanlah suatu halangan namun jalan keluar kepada masalah yang boleh berlaku dalam rumahtangga. Untuk para lelaki pula, janganlah terlalu sibuk untuk mengejar sunnah yang satu ini kerana begitu banyak lagi sunnah Rasulullah SAW yang lainnya boleh dilakukan. Tidak semua orang mampu untuk berpoligami kerana memerlukan syarat yang kuat. Untuk para suami dan isteri, bertolak ansur lah sesama pasangan. Jika benar berlaku masalah yang memerlukan kepada poligami sudah tentu isteri akan benarkan tanpa masalah jika si suami benar-benar berlaku adil. Jika kewajipan pun masih terabai, jauhkan lah niat untuk berpoligami yang berkemungkinan boleh mengundang kepada pergaduhan dalam rumahtangga.

HADKAN PRIVASI DI MEDIA SOSIAL

Boleh dikatakan lumrah pekerjaan ‘content creator’ adalah dengan memuatnaik video setiap hari di akaun media sosialnya. Namun, perlu dibezakan dengan mesej yang disampaikan dan privasi sendiri. Tidak semua perkara perlu dimuatnaik kerana boleh mengahsilkan implikasi buruk daripada perbuatan tersebut. Isu Abang tesla dengan memuatnaik videonya yang solat subuh berjemaah dirumah dan memeluk isterinya dengan tujuan untuk mendapat kerelaan isterinya agar dapat menjalankan poligami sudah terang ianya privasi yang tidak perlu disebarkan. Hadirkan lah rasa malu dalam diri dalam berkongsi di media sosial.

Perbuatan sebeginilah yang mengundang kepada kata-kata atau komen yang menmpersoalkan hukum Allah SWT iaitu poligami. Dan sebenarnya, bukan soal ini sahaja begitu banyak lagi perkara yang perlu berhati-hati dalam menayangkan di media sosial seperti memeluk isteri dan solat fardhu di rumah. Bahkan ‘caption misleading’ seperti “isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai” juga perlu dijauhi. Soal memeluk isteri bukanlah hal yang penting dikongsi. Soal solat fardhu pula lelaki disunatkan untuk berjemaah di masjid. Bahkan yang terbaik adalah berjemaah di masjid kemudian mengimamkan pula di rumah. Dua sunnah yang begitu sukar untuk dilakukan. Namun dengan video tontonan tinggi seperti ini seolah menggalakkan lagi orang ramai untuk solat fardhu di rumah bagi kaum lelaki.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali mereka-mereka yang menunjuk-nunjuknya dan sesungguhnya di antara menunjuk-nunjukkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan suatu perbuatan di waktu malam.

Walaupun video tersebut bukanlah menunjuk-nunjuk dosa, namun sikap suka mempamerkan kehidupan ini takut-takut boleh mendatangkan dosa sehingga menjadi kebiasaan. Perlu berhati-hati dengan perkara yang ingin dikongsikan. Kata Ulama bahawa “setiap nikmat itu akan ada mata hasad yang memandang”. Oleh itu, berhati-hatilah dalam berkongsi di media sosial agar ianya tidak menjadi suatu fitnah keatas diri kita dan lebih merisaukan tidak menjadi fitnah kepada agama sekaligus  menjaga kesejahteraan hukum Allah dan Islam.

Wallahu a’lam.

Sudahkah anda bersedekah hari ini? Jika belum, mari tekan butang “Bantu Mereka” dibawah dan  disalurkan sumbangan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan menerima. Terima kasih.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *