KITA NAMPAK BAIK KERANA ALLAH JAGA AIB KITA

KITA NAMPAK BAIK KERANA ALLAH JAGA AIB KITA

KITA NAMPAK BAIK KERANA ALLAH JAGA AIB KITA

Seorang manusia dilihat hebat bukan kerana dirinya semata tetapi kerana Allah telah menutup aib mereka. Bayangkan sekiranya segala dosa yang dilakukan secara tersembunyi dipamerkan, segala umpatan, kata nista kita terhadap kawan kita didedahkan, bahkan segala kejahatan yang kita lakukan dipertontonkan, pasti seseorang itu tidak sanggup untuk berjalan di atas muka bumi ini.

Dengan sebab itu al-Imam Ibn al-Jauzi menyatakan:

اعلم أن الناس إذا أعجبوا بك فإنما يعجبون بستر الله عليك

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia itu berasa kagum dengan engkau (bukan kerana dirimu), tetapi mereka kagum kerana Allah telah menutup aibmu.”

Ia adalah salah nikmat yang wajib disyukuri oleh setiap insan. Seorang lelaki bertanya kepada seorang Abu Tamimah: Bagaimana keadaan kamu pada pagi ini? Jawab Abu Tamimah:

“أصبحت بين نعمتين, لا أدري أيَّتهُمَا أفضل: ذنوبٌ سترها الله -عز وجل-, فلا يستطيع أن يعيرني بها أحدٌ؛ ومودةٌ قذفها الله -عز وجل- في قلب العباد, لم يبلغها عملي”.

Makudnya: “Aku berpagi dalam dua nikmat yang tidak aku ketahui manakah yang lebih baik iaitu: Nikmat Allah menyembunyikan dosaku sehingga tiada seorang pun yang boleh mengaibkan diriku atau nikmat rasa kasih yang Allah campakkan ke dalam hati manusia, sesuatu yang aku tidak mampu perolehinya melalui amalanku.”

Dengan sebab itu Allah menyukai hamba-Nya yang menyembunyi keaiban dosa orang lain. Sabda Rasulullah:

Ia adalah salah nikmat yang wajib disyukuri oleh setiap insan. Seorang lelaki bertanya kepada seorang Abu Tamimah: Bagaimana keadaan kamu pada pagi ini? Jawab Abu Tamimah:

 سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Maksudnya“Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslim yang lain, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.” (HR Ibn Majah)

Bahkan Allah membenci mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah telah menutup aib mereka. Sabda Rasulullah:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

Maksudnya: “Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Yang dimaksudkan dengan ‘mujaharah’ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam tersebut. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.”

MUHASABAH DIRI KITA

Nikmat paling besar Allah bagi pada manusia ialah nikmat ditutup segala aib dan keburukan kita di hadapan orang lain.. Bayangkan kalau Allah buka aib kita? Bersyukurlah.. Kita nampak baik sebab Allah tutup aib kita.

Beberapa hari ini, Pernah tak rasa seperti kalian menasihati sesuatu tetapi Allah timpakan ujian itu terhadap kalian?

Contohnya nampak orang terdekat melkitakan perbuatan yang kita tidak sukai. Selepas itu terdetik di hati “Mudah-mudahan perkara seperti itu tidak terjadi kepada kita atau keluargkita”. Malangnya benda yang kita mahu elak itulah yang terjadi kepada kita?

Tahanlah lidah kita ini dari bercakap yang buruk tentang perihal orang lain. Perbaikilah diri kita sendiri. Cukuplah kita tahu kita ini ada banyak salah dengan Allah .

Kadang-kala Allah menguji kita itu dengan sesuatu yang kita tidak sukai. Baru-baru ini ada suatu kejadian viral yang membuka aib seseorang sehingga menyebabkan dia dibenci dan dihina. Malah sehingga mencemarkan imej Islam. 

Bukan nak berkata tentang perbuatan yang dilkitakan. Tetapi ingin mengingatkan diri ini bahawa kita juga manusia biasa yang tidak pernah lepas daripada kesilapan dan dosa. Kita cuma membayangkan diri kita ditempat orang itu.

Bayangkan, kita selalu post tentang perihal jangan buka aib orang. Ataupun mengajak orang melakukan kebaikan. Tetapi andai dibukakan hijab keburukan dan aib kita? Apa pandangan orang terhadap kita? 

Eh nama saja pakai tudung tapi perangai macam tu. Nampak saja baik tapi sebenarnya buat jahat dan lain-lain lagi. Malu! 

Kebaikan yang kau buat selama ini pun orang tak pandang. Yang orang nampak kesalahan itu sahaja.  Memikirkan tentang hal ini buat kita jadi gelisah. Mungkin keburukan itu kita tak nampak sekarang. Tetapi apabila dah meninggal dunia? Andai Allah bukakan kebenaran tentang kita, waktu hidup bukan main lagi orang pandang tinggi, bila dah dalam kubur baru satu-persatu Allah perlihatkan dengan orang ramai. 

Kita bukan tunjuk baik. Kita cuma nak ingatkan bahawa kita manusia yang tak terlepas daripada silap dan dosa. Kebaikan yang orang nampak pada diri kita adalah nikmat Allah kerana menutup segala cela dan kekurangan. 

Wallahu a’lam.

Sudahkah anda bersedekah hari ini? Jika belum, mari tekan butang “Sumbangan Diperlukan Segera” dibawah dan memilih mana-mana agensi/madrasah untuk disalurkan sumbangan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan menerima. Terima kasih.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top