PERISTIWA BESAR DALAM BULAN ZULHIJJAH

PERISTIWA DALAM BULAN ZULHIJJAH

BULAN ZULHIJJAH

Bulan Zulhijjah merupakan bulan terakhir dalam kalendar takwim Hijrah umat Islam. Tahukah kita, dalam bulan tersebut terdapat beberapa peristiwa bersejarah yang berlaku pada umat Islam zaman dahulu. oleh sebab itu, tentu Kita sebagai umat Islam ada baiknya mengetahui peristiwa Zulhijjah dan keutamaan bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah

Bulan Zulhijjah adalah bulan terakhir dalam sistem kalender Hijriah. Bulan ke-12 ini juga salah satu dari 4 bulan yang masuk ke dalam kategori asyharul hurum atau bulan yang dimuliakan.

Pernyataan di atas disokong dengan hadith Rasul berikut ini yang bermaksud:

Zaman itu berputar sebagaimana keadaannya sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun itu dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan haram (mulia). Tiga bulan berturut-turut yaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan bulan Rajab Mudhar yang terletak antara Jumadal akhir dan Sya’ban.” (HR Bukhari & Muslim).

PERISTIWA DI BULAN ZULHIJJAH

  • Diampuninya Dosa Buah Khuldi Nabi Adam

Hal luar biasa selanjutnya di bulan Zulhijjah, iaitu diampuninya Nabi Adam dan Siti Hawa yang dikeluarkan dari syurga akibat memakan buah khuldi.Setelah terpisah satu sama lain, Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan kembali oleh Allah setelah meminta ampun tiap hari tanpa henti, di padang Arafah.

Pertemuan ini terjadi pada tanggal 1 Zulhijjah.

  • Nabi Yunus Diselamatkan dari Terkaman Paus

Peristiwa luar biasa di bulan Zulhijjah yang kedua ialah Allah menyelamatkan Nabi Yunus yang saat itu berada di laut dan diterkam oleh paus. Saat itu, Nabi Yunus sedang ada dalam perjalanan dengan kapal laut kerana meninggalkan umatnya yang tidak kunjung beriman pada Allah.

Disebabkan suatu keadaan, seorang penumpang kapal harus dikeluarkan dari kapaldan orang tersebut adalah Nabi Yunus. Meski terjatuh ke laut dan dimakan ikan paus, Nabi Yunus masih dapat bertahan dan diselamatkan oleh Allah dan kembali ke daratan.

Peristiwa ini terjadi pada tanggal 2 Zulhijjah.

  • Lahirnya Anak Pertama Nabi Zakaria di usianya yang ke-120

Peristiwa luar biasa lainnya yang terjadi di bulan Zulhijjah ialah dikabulkannya doa Nabi Zakaria oleh Allah SWT. Nabi Zakaria, yang pada tahun itu sudah tua berusia lebih dari 100 tahun akhirnya menyambut kelahiran anak pertamanya.

Allah mengabulkan doa Nabi Zakaria yang terus menerus Nabi Zakaria panjatkan pada tanggal 3 Zulhijjah.

  • Pembangunan Kaabah

Peristiwa luar biasa selanjutnya ialah dibangunnya Kaabah, oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Hal ini ada dalam riwayat Al Quran dalam surah Ali Imran ayat ke-97:

فِيهِ ءَايَـٰتٌۢ بَيِّنَـٰتٌۭ مَّقَامُ إِبْرَٰهِيمَ ۖ وَمَن دَخَلَهُۥ كَانَ ءَامِنًۭا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلْبَيْتِ مَنِ ٱسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًۭا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ عَنِ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٩٧

Maksudnya: “Dan (di antara) kewajiban manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu mengadakan perjalanan ke sana. Barangsiapa mengingkari (kewajiban) haji, maka ketahuilah bahwa Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari seluruh alam.”

Peristiwa ini terjadi pada tanggal 8 Zulhijjah.

  • Penyembelihan Nabi Ismail

Peristiwa luar biasa di bulan Zulhijjah yang pertama adalah penyembelihan Nabi Ismail oleh ayahnya iaitu Nabi Ibrahim AS. Tepatnya pada tanggal 9 Zulhijjah, Nabi Ibrahim merasa yakin bahwa perintah menyembelih anaknya yang datang melalui mimpi benar-benar berasal dari Allah.

Nabi Ibrahim akhirnya melaksanakan wahyu tersebut setelah memimpikannya sebanyak 3 kali. Setelah membicarakan wahyu tersebut dengan Nabi Ismail, satu-satunya putera Nabi Ibrahim saat itu, mereka berdua pergi ke daerah Mina. Bahkan, Nabi Ismail juga dengan penuh ketaatan bersedia untuk disembelih oleh ayahnya tanpa sebarang bantahan.

Pengorbanan bapa dan anak ini membuktikan ketaatannya akan perintah Allah SWT lalu diabadikan dalam sejarah umat Islam menjadi ibadah sembelihan korban yang saban tahun diadakan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

  • Salehuddin Al-Ayubi Menawan Kubu Musuh

Pada 11 Zulhijjah tahun 571 Hijrah, Salehuddin Al-Ayyubi berjaya menawan kubu pihak musuh setelah berlakunya pengepungan selama 38 hari.

  • Peristiwa Perjanjian Aqabah Kedua

Perjanjian ini berlaku pada 13 Zulhijjah, disertai oleh 73 orang lelaki dan 2 orang wanita dari kaum Aus dan Khazraj. Mereka berjanji dan taat setia untuk terus membantu serta menyebarkan ajaran Rasululullah SAW kepada penduduk Yathrib (Madinah). Ia juga menjadi titik tolak penghijrahan Baginda Nabi SAW ke kota Madinah.

  •  Kematian Khalifah Umar bin Al-Khattab

Pada 26 Zulhijjah tahun 23 Hijrah, khalifah kedua umat Islam; Umar bin Al-Khattab telah meninggal dunia akibat dibunuh oleh Abu Lu’luah Al-Majusi.

  • Perlantikan Uthman bin Affan

Setelah kematian Khalifah Umar, pucuk kepimpinan umat Islam diambil alih oleh Saidina Uthman bin Affan yang dilantik pada akhir bulan Zulhijjah tahun 23 Hijrah.

  • Kematian Saidina Uthman bin Affan

Pada 18 Zulhijjah tahun 35 Hijrah, Saidina Uthman bin Affan meninggal dunia.

  • Kelahiran Nabi Ibrahim

Nabi Ibrahim AS lahir pada tahun ke-8 Hijrah dan ibunya bernama Mariah Al-Qibtiyah.

  • Perlantikan Saidina Ali Bin Abi Talib Sebagai Khalifah

Saidina Ali Bin Abi Talib dilantik menjadi khalifah yang keempat pada 25 Zulhijjah tahun 35 Hijrah bagi menggantikan Saidina Uthman r.anhu yang telah mati dibunuh.

  • Pertempuran Wadi ‘Arabah

Tentera Islam yang dikepalai oleh Yazid bin Abi Sya’ban mendapat kemenangan setelah menentang tentera Rom yang diketuai oleh Sarjius. Pertempuran yang dikenali sebagai Wadi ‘Arabah itu berlaku di Palestin pada bulan Zulhijjah.

  • Peperangan Dathin

Peperangan menentang tentera Rom ini diketuai oleh Umamah Al-Bahiliy dan berakhir dengan kemenangan di pihak tentera Islam. Ia berlaku dalam bulan Zulhijjah (Februari 634 M).

  • Peperangan As-Sawiq

Peperangan ini berlaku pada tahun kedua Hijrah bersamaan 623 Masihi, dua bulan setelah Perang Badar. Peperangan ini adalah sebuah serangan suku Quraisy Mekkah di bawah pimpinan Abu Sufyan yang memerangi penduduk kota Madinah. Dinamakan ‘as-Sawiq’ yang bermaksud tepung. Pasukan Quraisy Mekah meninggalkan karung guni berisi tepung untuk meringankan pelarian mereka.

Banyak lagi peristiwa lain yang penting berlaku dalam bulan Zulhijjah ini. Apapun, peristiwa paling besar dan menjadi syariat dalam ibadat umat Islam adalah ibadat korban yang diambil bersempena peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim.

Wallahu a’lam.

Sudahkah anda bersedekah hari ini? Jika belum, mari tekan butang “Bantu Mereka” dibawah dan disalurkan sumbangan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan menerima. Terima kasih.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Scroll to Top