PERKARA YANG MENGHAPUSKAN PAHALA AMALAN SEDEKAH

Sedekah merupakan salah satu amalan yang dapat memberikan kita pahala yang sangat hebat. Di tambah pula jika sedekah yang kita buat itu adalah sedekah jariah. Contohnya kita bersedekah untuk pembangunan maahad tahfiz yang akan digunakan untuk para pelajar mempelajari ilmu. Selagi mana ilmu itu disebarkan dan diajarkan, selagi itulah, kita akan mendapat pahala dari sedekah kita itu.

Tapi adakah anda tahu, ada beberapa perkara yang boleh membatalkan pahala sedekah yang telah kita lakukan? 

MENGUNGKIT AMALAN SEDEKAH

Menolong seseorang dalam kesusahan atau kesulitan seperti sedekah adalah satu amalan yang baik dan sangat terpuji. Namun jika sedekah itu diungkit dimasa hadapan, maka segala pahala sedekah yang dilakukan itu akan terbatal dan terhapus. Maka amatlah rugi orang yang mengungkit-ungkit sedekah yang telah diberikan.

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 262, Allah SWT berfirman:

اَلَّذِيْنَ يُنْفِقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ فِيْ سَبِيْلِ اللّٰهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُوْنَ مَآ اَنْفَقُوْا مَنًّا وَّلَآ اَذًىۙ لَّهُمْ اَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْۚ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُوْنَ

Maksudnya: “Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati.”

Mengapa Allah melarang untuk mengungkit segala pemberian kita itu adalah kerana ia menunjukkan bahawa pemberian yang kita buat itu adalah tidak ikhlas. Tanpa ikhlas, setiap amalan itu adalah sia sia kerana ia tidak disandarkan kepada Allah S.W.T

MENYAKITI HATI

Menyakitkan hati orang lain juga merupakan salah satu perkara yang membolehkan segala pahala sedekah kita hilang. Allah sangat melarang kita menyakiti hati saudara kita. Bak kata pepatah arab, kata-kata yang pedih itu lebih tajam dari mata pedang. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 23 ada menyebutkan tentang perbuatan yang lebih baik dari sedekah adalah perkataan yang baik atau memberi maaf. 

قَوْلٌ مَّعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى

Maksudnya: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi tindakan yang menyakiti.” 

RIAK

Apakah itu riak?  Ia adalah perbuatan dimana seseorang suka menunjuk-nunjukkan amal ibadah atau sesuatu kebaikan dengan tujuan mendapat pujian atau sanjungan daripada orang lain, bukan kerana Allah.

Oleh sebab itu, perasaan riak apabila bersedekah perlu dijauhi kerana bimbang sedekah yang kita lakukan itu tidak bernilai langsung di sisi Allah S.W.T. 

Untuk mengelak dari timbul rasa riak ketika bersedekah, antara yang boleh dilakukan ialah bersedekah secara sembunyi. Tidak perlu update di media sosial berkenaan sedekah telah  yang kita buat. Jika ianya bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang lain, ianya dibolehkan. Tetapi jika bimbang kita tidak dapat mengawal dari perasaan riak itu muncul, maka lebih elok bersedekah secara bersembunyi.  Jika hati kita benar-benar ikhlas kerana Allah SWT, sudah tentu tidak akan mucul perasaan riak. Justeru, bersedekahlah mengikut kemampuan diri, janganlah kerana mengikut atau ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Kerana amal yang diredhai dan dipandang oleh Allah SWT itu lebih utama.

Jadi, sama samalah kita menjaga tuturkata dan perbuatan kita agar setiap pahala sedekah yang telah kita lakukan menjadi saham di akhirat. Semoga kita dijauhkan  dari tergolong dalam golongan orang yang muflis pada hari perhitungan itu nanti.

Wallahua’lam.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *