Santuni dan Dakwah Gelandang

Saya dipertemukan dengan seorang warga emas berbangsa Tionghua. Difahamkan beliau sebelum ini mempunyai kehidupan yang selesa dengan rumah yang besar. Kerja di agensi kerajaan dengan pangkat yang agak tinggi. Mempunyai keluarga dengan anak-anak yang berjaya.
 
Selepas pencen, warga emas berusia 77 tahun ini tidak mempunyai hala tuju. Kehidupannya tidak menentu. Jiran-jirannya menganggapnya tidak siuman, nyanyuk dan lain-lain lagi. Kini beliau hidup dengan mengutip kotak serta surat khabar lama. Beliau juga hidup dengan sumbangan belas ehsan orang.
Saya mengajarkannya kalimah Tauhid kepada warga emas yang berfahaman Atheis ini. Beliau mampu mengikut setiap kata-kata kalimah yang diajarkan kepadanya. Mengucap syahadah, Allahu Akbar, Alhamdulillah boleh disebut dengan baik.
 
In Sya Allah, kami memberinya makan tengahari setiap hari sambil mengajarkan Kalimah Tauhid itu agar bibir dan lidahnya sentiasa mengucapkannya sehingga ke akhir hayatnya. Kami juga sedang berusaha menguruskan langkah pegislamannya, sambil mengharap dan berdoa hidayah Allah akan dilimpahkan ke dirinya.
Sama-samalah kita berdoa, agar beliau menjadi saudara kita semua. Jika manusia membuangnya, menganggapnya hina, kami memandangnya sebagai mulia dan insan yang wajar disayangi, kerana Allah sedang menyayanginya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top