ORANG YANG BERSEDEKAH AKAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA MELALUI PINTU SEDEKAH

ORANG BERSEDEKAH AKAN MASUK SYURGA MELALUI PINTU SEDEKAH

ORANG SEDEKAH MASUK SYURGA MELALUI PINTU SEDEKAH

Tahukah anda di syurga terdapat sebuah pintu istimewa untuk golongan yang bersedekah ini?

Sesungguhnya terlalu banyak kelebihan bersedekah yang boleh dijadikan dorongan untuk memberi lagi dan lagi. Malah dalam hadith ini, ada disebut infak harta sebanyak dua kali di jalan Allah, akan diseru namanya untuk ke pintu syurga khas ini.

Hadith daripada Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.” (HR Bukhari)

SYURGA ITU MAHAL BAGI ORANG YANG MELAKUKAN MAKSIAT

Terkadang kita selalu bersenang-senang dan melakukan maksiat lalu mengharapkan syurga yang paling tinggi sedangkan Rasulullah mengingatkan kita agar berusaha dan merancang untuk ke syurga. Sabda Rasulullah:

من خاف أدلج، ومن أدلج بلغ المنزل، ألا إن سلعة الله غالية، ألا إن سلعة الله الجنة

Maksudnya: “Barangsiapa yang takut (ditimpa kesusahan dalam perjalanannya), maka dia akan bertolak awal dan cergas. Barangsiapa yang bertolak cergas dia akan sampai pada destinasinya. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu sangat mahal. Ketahuilah bahawa barang dagangan Allah itu syurga? (HR al-Tirmiz)

Menurut al-Imam al-Tibi, hadis ini adalah satu perumpamaan yang diberikan oleh Rasulullah agar kita merancang dan berusaha bersungguh untuk mencapai destinasi syurga. Kita hendaklah merancang, bertindak keluar awal dan bergerak cergas bagi mencapai destinasi akhirat kerana syurga Allah itu mahal. (Tuhfah al-Ahwazi)

Para sahabat terdahulu berjuang bermatian bagi mencapai redha ilahi. Rasulullah pernah menangis ketika melihat penampilan Mus’ab di Madinah yang meninggalkan kemewahan hidupnya semata-mata kerana memperjuangkan Islam. Perkara ini diceritakan oleh Saidina Ali yang menyebutkan:

“Ketika kami sedang duduk di Masjid, lalu datang Mus’ab ibn Umayr dengan pakaian yang bertampal. Apabila Rasulullah melihat Mus’ab, Baginda menangis kerana mengenangkan kehidupan mewah yang pernah dinikmati oleh Mus’ab.” (HR al-Tirmizi).

Dari sini jelas bahawa jika kita menginginkan syurga sebagai tempat kehidupan abadi memerlukan kepada usaha dan kesungguhan untuk beribadah kepada Allah SWT. Bukan semua orang boleh masuk ke syurga dengan senang lenang tanpa usaha hanya dengan mengharapkan keajaiban berlaku kerana syurga itu mahal bagi orang yang suka akan maksiat. Oleh itu, marilah kita amati gambaran keadaan syurga menurut al-Quran dan hadith

GAMBARAN KEADAAN SYURGA

Hilangnya nikmat beribadah dalam kalangan manusia berpunca daripada tidak dapat melihat gambaran di sebalik keindahan ganjaran syurga. Rasulullah SAW sentiasa bercerita mengenai syurga untuk memberi rangsangan dan mendorong keinginan umatnya menjadi penghuni syurga.

Menerusi hadis Qudsi: “Aku menyediakan syurga kepada hamba-Ku yang soleh. Sesungguhnya suatu pemandangan yang tidak pernah terpandang oleh pandangan mata dan telinga ini tidak pernah mendengar betapa indahnya syurga itu. Hati kita tidak pernah terdetik seindah ini syurga Allah.”

Keinginan menghuni syurga menyebabkan manusia berusaha untuk beribadah bagi memenuhi impian itu. Tidak ada suatu pun benda yang ada di syurga menyerupai dengan yang ada di dunia kecuali pada namanya sahaja.

Selain itu digambarkan juga keadaan dalam syurga melalui firman-Nya yang bermaksud: “Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: Inilah yang diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan, isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 25)

Gambaran keindahan syurga

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda: “Kemudian aku bergerak bersama malaikat Jibril sehingga ke Sidratul Muntaha. Apabila tiba di suatu tempat yang ditutupi dengan warna yang aku sendiri tidak mengetahuinya. Lalu dimasukkan aku ke dalam syurga dan melihat ada khemah yang cantik bergemerlapan dan apabila aku menyentuh tanah-tanah di dalam syurga, bagaikan kasturi.”

Dalam hadith sahih Bukhari dan Muslim, musnad Abu Ahmad, Abu Said al-Qudri meriwayatkan, Ibnu Sayyad bertanya kepada Rasulullah SAW mengenai tanah di syurga dan Baginda menyebut ia berasal daripada butiran tepung yang putih bersih, dan lembut apabila dipijak menyamai nikmatnya memijak tepung-tepung.

Abu Hurairah bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan asal ciptaan manusia dan Baginda menjelaskan manusia dicipta daripada air. Lalu beliau bertanya lagi, daripada apakah bangunan dalam syurga diperbuat dan Baginda menjawab batu-batanya daripada susunan emas dan perak, lantainya daripada minyak kasturi, kerikilnya daripada mutiara daripada yakut dan tanahnya daripada za’faran.

Sesiapa yang memasuki syurga akan berasa senang, tidak akan pernah susah, kekal di dalamnya dan tidak akan mati. Pakaian mereka tidak akan buruk, malah semakin hari, ia akan menjadi semakin cantik serta usianya sentiasa muda.

Khemah di syurga menjulang setinggi 60 hasta, bilik-biliknya juga tinggi dan besar serta didirikan tempat-tempat yang tinggi di dalamnya. Rasulullah SAW menceritakan, bilik di dalam syurga ternampak daripada luar ke dalam, yang dalam nampak sehingga ke bahagian luar, sangat luas dan cantik.

Orang yang boleh memasuki bilik ini ialah mereka yang sentiasa memberi makan kepada kawan yang selayaknya. Selain itu, mereka yang layak menghuni bilik itu dalam kalangan yang lemah-lembut budi bicaranya, sentiasa berpuasa sunat serta rajin solat pada waktu malam di saat manusia lain sedang tidur lena.

Ini baru gambaran tentang khemah yang akan dihuni ketika mendiami di syurga nanti. Subhanallah. Bayangkan akan ada golongan yang akan dibina rumah khas baginya di syurga nanti.

GOLONGAN YANG DIBINAKAN RUMAH DI SYURGA

Sudah dinyatakan pada awal penulisan artikel ini bahawa orang yang bersedekah akan dapat memasuki syurga melalui pintu khas iaitu pintu sedekah. Bukan itu sahaja, orang yang bersedekah juga akan diberikan kedudukan istimewa di syurga nanti yang mana telah disediakan rumah khas baginya. Ekoran nikmat ini, seseorang itu akan dibinakan rumah baginya jika dia terlibat dengan pembinaan masjid di dunia ini.

Masjid ialah tempat yang istimewa dalam Islam. Di masjid, umat Islam daripada pelbagai latar belakang bangsa dengan satu keyakinan akidah yang sama berjumpa, beribadah dan menghubungkan tali persaudaraan.

Mungkin jika di Malaysia, keistimewaan masjid kurang terasa jika dibanding di luar negara. Masjid mudah didapati di mana-mana di sini, tetapi jika di tempat-tempat penduduk Islam ialah minoriti, maka kewujudan masjid membuatkan kita terasa seperti ada saudara di mana-mana. Hati terikat dan rasa selamat apabila berada di masjid.

Istimewanya masjid dalam Islam sehingga pembinaan masjid juga disediakan ganjaran yang besar dalam Islam iaitu orang yang membina masjid sekalipun kecil tetapi ikhlas kerana Allah, maka Allah akan membina untuknya tempat tinggal di syurga!

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ قَالَ ‏ “‏ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ ‏”

Daripada Jabir bin Abdullah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang membina masjid kerana Allah, sekalipun hanya seperti sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan membina untuknya rumah di dalam syurga” (HR Ibn Majah)

Sebahagian ulama mengatakan bahawa siapa sahaja yang menambah bahagian masjid yang diperlukan, atau para jemaah masjid bekerjasama membangunkan masjid sekalipun bahagian yang kecil seumpama saiz tempat burung bertelur, maka mereka sudah dikira membina dan membangunkan masjid.

Maka, dalam hal ini dapat kita fahami, sumbangan dana yang diberikan untuk pembinaan masjid juga dikira kita juga terlibat dalam proses membangunkan masjid tersebut.

Tetapi yang lebih penting, pemberian itu mestilah ikhlas kerana Allah. Selain itu, tujuan sesebuah masjid dibangunkan bukan untuk tujuan bermegah-megah, tetapi untuk memudahkan orang melakukan ibadah.

Hal inilah yang dimaksudkan dengan sedekah. Bukan sahaja bantuan dari segi kewangan bahkan dari segi tenaga juga dikira sebagai sedekah. Sekarang ini telah banyak platform yang disediakan secara online bagi memudahkan orang awam untuk bersedekah, ada yang akan disalurkan kepada orang yang dalam kesusahan, anak yatim, ibu tunggal, pembinaan sekolah dan madrasah, pembinaan masjid dan sebagainya.

Wallahua’lam.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top