SEDEKAH TIDAK AKAN MENGURANGKAN HARTANYA WALAU SEDIKIT

SEDEKAH TIDAK AKAN MENGURANGKAN HARTANYA WALAU SEDIKIT

HARTA TIDAK AKAN BERKURANG

Sedekah adalah amalan yang dituntut dalam Islam. Rasulullah SAW menjanjikan bahawa orang yang bersedekah tidak akan berkurang hartanya.

Hadith daripada  Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mendidik umatnya agar tidak kedekut dengan harta dunia. Bahkan Baginda amat yakin bahawa tidak akan berkurang harta orang yang bersedekah. Sabda Rasulullah SAW:

Malah Rasulullah SAW mendidik Saidatina Aisyah bahawa harta yang kita sumbangkan akan kekal sebagai amalan. Perkara ini difahami melalui dialog Rasulullah SAW bersama isterinya itu.

Saidatina Aisyah menceritakan kepada Rasulullah SAW bahawa para sahabat telah menyembelih kambing untuk sumbangan. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepada Aisyah:

مَا بَقِيَ مِنها؟ قالت: مَا بَقِيَ مِنها إِلَّا كَتِفُهَا، قَالَ: بَقِي كُلُّهَا غَيرَ كَتِفِهَا

Maksudnya: “Apakah masih berbaki kambing tadi wahai Aisyah? Aisyah menjawab: Tiada yang tinggal melainkan bahagian bahu sahaja. Lalu Rasulullah membetulkan kenyataan Aisyah: (bukan begitu Wahai Aisyah) kekal semuanya yang telah disumbangkan tadi (sebagai amalan) melainkan bahagian bahunya sahaja (yang tertinggal bukan sebagai amalan).“ (HR al-Tirmizi)

Dari sini dapat diperhatikan bagaimana Rasulullah SAW mendidik Aisyah agar faham bahawa bahagian yang kita sumbangkan akan kekal sebagai pahala di sisi Allah.

Banyak hadith dan ayat al-Quran yang menceritakan bahawa orang yang bersedekah tidak akan kurang hartanya dan tidak akan menjadikan dirinya miskin. Sesungguhnya rezeki Allah SWT itu Maha Luas. Bahkan, terdapat kisah-kisah dimana orang miskin menjadi kaya kerana sedekah.

KISAH AJAIB ORANG MISKIN YANG BERSEDEKAH

Ada beberapa kisah kehidupan orang miskin yang berubah menjadi kaya kerana sedekah. Kisah ini tidak hanya terjadi di kehidupan saat ini, namun juga di kehidupan zaman dahulu. Berikut ini beberapa contoh kisahnya yang boleh dijadikan teladan bersama:

  • Suami Isteri Rajin Bersedekah Di Zaman Nabi Musa AS

Pada zaman hidup Nabi Musa AS, ada sepasang suami isteri yang beriman kepada Allah namun hidupnya sangat miskin. Sampai pada suatu saat keduanya merasa jenuh menjadi orang miskin.

Akhirnya sepasang suami istri ini memutuskan untuk mendatangi Nabi Musa AS. Keduanya meminta kepada Nabi Musa agar berbicara secara langsung pada Allah dan memintanya agar dikeluarkan dari kemiskinan dan diberikan kekayaan.

Kemudian Allah memerintahkan kepada Nabi Musa untuk menyampaikan kepada pasangan suami isteri tersebut bahwa Allah mengabulkan permintaannya.

Namun dalam hal ini Allah hanya akan memberikan kekayaan pada mereka selama satu tahun saja, setelahnya Allah akan mengambil kekayaan tersebut dan menjadikan mereka miskin kembali.

Setelah itu, benar sahaja sepasang suami isteri tersebut akhirnya menjadi kaya dan mendapatkan rezeki dari berbagai-bagai arah yang tidak disangka-sangka. Sampai pada suatu hari sang isteri mengingatkan suaminya bahawa kekayaan mereka hanya akan bertahan selama setahun.

Lantas sang isteri memberikan idea untuk membelanjakan hartanya di jalan Allah seperti menyantuni anak yatim dan orang yang membutuhkan.

Sang suami pun setuju dan mereka membangun rumah singgah khusus untuk para musafir. Setiap musafir yang singgah akan dijamu dan dilayani. Setahun berlalu dan rumah singgah masih kukuh berdiri.

Suami isteri tersebut pun masih sibuk melayani para musafir yang berdatangan. Harta kekayaan mereka pun tidak berkurang dan tetap menjadi orang kaya. Lantas Nabi Musa hairan dengan hal tersebut dan menanyakannya pada Allah SWT.

Allah pun menjawab bahawa malu pada hamba-Nya tersebut yang sudah dengan ikhlas memberikan bantuan kepada hamba-Nya yang lain (para musafir).

Allah malu jika harus mencabut kekayaannya. Maka Allah senantiasa mengalirkan rezeki pada keduanya tanpa mengurangi dan menjadikannya miskin. 

  • Kisah Pengusaha Cetak Miskin

Berbeza dengan kisah sebelumnya yang terjadi di zaman Nabi Musa AS, kali ini kisah orang miskin jadi kaya berasal dari orang biasa di era saat ini. Sebut sahaja namanya adalah Budi. Budi ini berasal dari keluarga biasa-biasa sahaja.

Awalnya beliau bekerja di sebuah perusahaan percetakan. Penghasilan yang didapatkan hanyalah cukup-cukup makan sahaja.

Singkat cerita, Budi berfikir untuk membuka usahanya sendiri dengan membuka kedai percetakan. Beliau mengumpulkan modal yang didapatkan dari hasil kerja sampingannya.

Lantas suatu hari beliau dihubungi oleh pihak hospital yang memberitahukannya bahawa ayahnya harus menjalani operasi tertentu. Operasi tersebut ternyata memerlukan biaya yang cukup banyak.

Tentu saja Budi beserta saudara-saudaranya tidak memiliki wang yang cukup untuk bersetuju dengan keputusan operasi tersebut. Meskipun begitu, Budi memiliki tekad yang kuat untuk membiayai ayahnya sehingga ayahnya boleh sehat kembali.

Beliau bekerja siang malam di percetakannya sambil mengumpulkan uang untuk membiayai kos perubatan ayahnya. Setelah terkumpul wangnya, Budi langsung membawa ayahnya untuk melanjutkan perubatan di hospital.

Setelah ayahnya sihat kembali, usaha Budi seketika itu berjalan semakin lancar. Mulai banyak karyawan yang bekerja di usaha percetakannya tersebut dan banyak orang puas dengan hasil kerja Budi yang cepat dan tepat.

Tidak berselang lama pun perusahaan percetakan Budi ini berhasil membuka cabang dimana-mana. Ini menjadi bukti bahwa kisah orang miskin jadi kaya kerana sedekah dalam Islam adalah nyata adanya iaitu sedekah yang paling utama adalah sedekah pada orang tua dan keluarga sendiri.

  • Kisah Seorang Pemuda Bani Israel

Kali ini kisah orang miskin jadi kaya berasal dari seorang pemuda yang sudah beristeri. Pemuda ini berasal dari Bani Israil. Pemuda dan isterinya tersebut merupakan pasangan yang hidupnya susah atau miskin. Pekerjaan sang pemuda pun hanya seorang penjual kapuk/kekabu.

Setiap hari, sang pemuda menjual kapuknya di pasar. Penghasilan yang boleh didapati oleh pemuda tersebut setiap harinya hanya 1 dirham saja. Meskipun miskin namun pemuda ini selalu menyisihkan penghasilannya untuk sedekah.

Sampailah pada suatu hari ketika itu, dia berniaga seperti biasanya di pasar. Setelah terjual, ada pertengkaran yang hebat antara seorang penjual dan pembeli hingga keduanya ingin saling bunuh.

Sang pemuda melerai dan menanyakan apa sebenarnya penyebab pertengkaran keduanya. Keduanya pun menjelaskan bahawa si pembeli tidak ingin membayar barang dari penjual tersebut dengan alasan tertentu.

Lantas sang pemuda bertanya berapa harga dari barang tersebut. Sang penjual pun menjawab bahawa harganya 1 dirham. Sang pemuda pun berinisiatif untuk membayar barang tersebut hingga permasalahanpun selesai dan kedua orang tersebut tidak jadi saling bunuh.

Disebabkan hasil jualan pemuda Bani Israil tersebut hanya 1 dirham, maka hari itu dia pulang tidak membawa apapun disebabkan wangnya telah diberikan pada penjual di pasar tadi. Sang pemuda menceritakan semua kejadian di pasar. Sang isteri pun ikhlas dengan keputusan sang suami.

Keesokan harinya, pemuda dan isterinya tidak punya modal mendapatkan kapuk yang berkualiti baik kerana wang modalnya 1 dirham semalamnya telah diberikan pada penjual. Akhirnya pemuda tersebut mengumpulkan sisa kapuk yang ada di rumahnya dengan kualiti yang buruk.

Tentu saja ketika dijual di pasar, kapuknya tersebut tidak laku. Hingga sang pemuda putus asa dan ingin kembali pulang. Saat di perjalanan, dia bertemu dengan penjual ikan.

Penjual ikan tersebut menceritakan bahawa ikannya hari ini tidak laku kerana sudah busuk. Menyedari nasibnya sama, keduanya akhirnya sepakat untuk melakukan sistem barter. Sang pemuda membeli ikannya dengan membayar menggunakan kapuk yang dijualnya tersebut.

Penjual ikan pun setuju dan keduanya pulang. Sesampainya di rumah, sang pemuda menceritakan semuanya kepada istrinya. Sang isteri pun tetap bersyukur kerana tindakan suaminya tersebut.

Sang isteri pun bergegas ke dapur untuk menyiang ikan tersebut untuk dijadikan lauk hari itu. Ketika membelah ikannya, tidak disangka terdapat mutiara yang harganya sangat mahal di pasaran.

Sang pemuda memutuskan untuk menjual permata tersebut dan berhasil mendapatkan 120 ribu dirham. Sekembalinya ke rumah, sang isteri dan pemuda tersebut bertemu dengan dua orang fakir miskin.

Rasa hibanya membuat keduanya memutuskan untuk berkongsi rezeki 120 ribu dirham tersebut pada kedua orang miskin tersebut. Namun di tengah perjalanan, dua orang fakir miskin tersebut kembali lagi dan mengembalikan wang tersebut pada sepasang suami isteri Bani Israil tersebut.

Kedua orang miskin itu pun menjelaskan bahawa mereka sebenarnya bukan manusia, melainkan malaikat yang diutus oleh Allah untuk menyampaikan khabar gembira dan rezeki kedua orang tersebut.

Ketiga-tiga kisah ini semuanya adalah daripada golongan miskin dalam hidupnya, namun berubah kerana bersedekah. Inikan kita yang serba kecukupan. Jangan pernah takut untuk bersedekah kerana ianya tidak akan menjadikan diri kita miskin dan berkurangan. Bersedekahlah kerana Allah SWT dan yakinlah bahawa setiap rezeki kita terdapat didalamnya ada rezeki untuk orang lain. Janganlah bersedekah dengan niat untuk kaya, sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui atas segala sesuatu.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top