MUNGKIN INI JUMAAT RAMADAN YANG TERAKHIR: MARI REBUT PELUANG UNTUK BERSEDEKAH

MUNGKIN INI JUMAAT RAMADAN YANG TERAKHIR

MUNGKINKAH INI JUMAAT RAMADAN YANG TERAKHIR?

Sedar tidak sedar tinggal seminggu sahaja lagi berbaki bulan Ramadan akan pergi meninggalkan kita. Bermacam khabar telah kita dengari tentang tarikh jatuhnya 1 syawal. Menjadi suatu perbincangan yang hangat apabila ada yang mengatakan raya jatuh pada hari Jumaat dan jika mengikut kaedah hisab raya akan jatuh pada hari Sabtu. Jika raya benar-benar jatuh pada hari Jumaat hadapan bermakna hari ini adalah jumaat terakhir bagi Ramadan tahun ini.

Telah diterangkan pada penulisan yang lepas tentang sedekah jumaat yang penuh barakah dan fadhilatnya. Oleh itu jangan lepaskan peluang yang sedia ada ini untuk bersedekah dengan kadar yang kita mampu agar sedikit sebanyak dapat meringankan beban orang yang lain. Justeru, marilah kita menghayati kisah kedermawan Rasulullah SAW dan betapa dahsyatnya sedekah di bulan Ramadan.

KISAH SEDEKAH RASULULLAH YANG MEMBAWA KEBERKATAN

Dalam suatu riwayat, suatu ketika seorang pengemis mengetuk kediaman Rasulullah SAW. Pengemis itu berkata, “Saya seorang pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah SAW”

“Wahai Aisyah, berikan bajuku kepada pengemis itu,” ujar Rasulullah pada istrinya, Aisyah. Dengan senang hati Sayyidah Aisyah pun melaksanakan perintah Rasul. DIberikanlah baju itu pada pengemis tadi. Dengan riang gembira, pengemis itu teramat senang dengan pemberian baju dari Rasul. Ia kemudian pergi ke pasar dan berseru di kerumunan orang-orang, “Siapa yang ingin membeli baju Rasulullah? Tanpa lama semua orang berkumpul dan ingin membeli baju tersebut.

Kisah sedekah Rasulullah masih berlanjut. Seseorang saudagar kaya yang mengalami buta, mendengar seruan sang pengemis. Ia lantas menyuruh hamba sahayanya untuk membeli baju itu berapapun harganya. Ia berkata, “Jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu merdeka.” Tanpa disangka, hamba sahaya itu berhasil mendapatkan bajunya. Diserahkanlah baju itu kepada tuannya yang mengidap buta. Dengan penuh rasa gembira saudagar kaya itu memegang baju Rasulullah sembari berdoa.

Ya Allah, dengan hak Rasulullah dan berkat baju yg suci ini, kembalikanlah pandanganku”. Kemudian kejadian yang tidak disangka-sangka terjadi. Atas izin Allah, penglihatan orang tersebut dapat melihat kembali.

Keesokan harinya, saudagar kaya yang kini sudah boleh melihat itu menghadap Rasul dengan penuh syukur dan rasa gembira. Ia berkata, “Wahai Rasulullah, pandanganku sudah kembali dan aku kembalikan bajumu sebagai hadiah dariku.” Rasulullah SAW yang mendengar kisah saudagar kaya itu pun langsung tertawa hingga Nampak gigi gerahamnya. Padahal, Rasulullah SAW jarang sekali tertawa, Baginda biasanya hanya menebar senyum saja pada semua orang. Kemudian Rasulullah bersabda kepada Aisyah, “Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dengan izin dan berkat-Nya, ia telah membuat kaya orang yang miskin, menyembuhkan yang buta, memerdekakan hamba dan kembali lagi kepada kita.” Kisah sedekah Rasulullah pun berakhir

PAHALA SEDEKAH MENURUT IMAM AS-SUYUTI

Menurut Al-Imam As-Suyuti, pahala sedekah dikategorikan ada lima jenis. “Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima kategori,”

1). Satu dibalas sepuluh (1:10), iaitu orang yang bersedekah kepada orang yang sihat jasmani.

2). Satu dibalas sembilan puluh (1:90), iaitu bersedekah kepada orang yang kurang mampu, orang cacat, serta yatim dan piatu.

3). Satu dibalas sembilan ratus (1:900), iaitu sedekah kepada kerabat yang sangat memerlukan bantuan.

4). Satu dibalas seratus ribu (1:100.000), bersedekah kepada kedua orang tua.

5). Satu dibalas sembilan ratus ribu (1:900.000), dan terakhir ialah bersedekah pada orang alim atau ahli fiqih.

Bersedekah tidak akan membuat kita kekurangan harta sama sekali, melainkan akan dilipatgandakan ganjarannya. Seperti pada kisah sedekah Rasulullah diatas, marilah kita meneladani sifat Nabi SAW yang gemar bersedekah.

Jom edekah

DAHSYATNYA SEDEKAH RAMADAN

Salah satu sebab Rasulullah SAW memberi teladan untuk lebih bersemangat dalam bersedekah di bulan Ramadhan adalah kerana bersedekah di bulan ini lebih dahsyat dibanding sedekah di bulan lainnya. Diantara keutamaan sedekah di bulan Ramadhan adalah:

  1. Puasa digabungkan dengan sedekah dan solat malam sama dengan jaminan syurga.

Puasa di bulan Ramadhan adalah ibadah yang agung, bahkan pahala puasa tidak terbatas gandaannya. Sebagaimana dikhabarkan dalam sebuah hadits qudsi:

كل عمل ابن آدم له الحسنة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف قال عز و جل : إلا الصيام فإنه لي و أنا الذي أجزي به

Maksudnya: “Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (HR Muslim 1151)

Dan sedekah, telah kita ketahui keutamaannya. Kemudian solat malam, juga merupakan ibadah yang agung, jika didirikan di bulan Ramadhan dapat menjadi penghapus dosa-dosa yang telah lalu, Rasulullah SAW bersabda:

من قام رمضان إيماناً واحتساباً غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya: “Orang yang solat malam kerana iman dan mengharap pahala, akan diampuni dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

Ketiga amalan yang agung ini terkumpul di bulan Ramadhan dan jika semuanya dikerjakan balasannya adalah jaminan syurga. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

إن في الجنة غرفا يرى ظاهرها من باطنها وباطنها من ظاهرها أعدها الله لمن ألان الكلام وأطعم الطعام وتابع الصيام وصلى بالليل والناس نيام

Maksudnya: “Sesungguhnya di syurga terdapat ruangan-ruangan yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bahagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan manusia tidur.” (HR At-Tirmidzi 1984)

  1. Mendapatkan tambahan pahala puasa dari orang lain.

Kita telah mengetahui betapa besarnya pahala puasa Ramadhan. Bayangkan jika kita mampu menambah pahala puasa kita dengan pahala puasa orang lain, maka pahala yang kita raih lebih berlipat lagi. Subhanallah! Dan ini boleh terjadi dengan sedekah, yaitu dengan memberikan hidangan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Rasulullah SAW bersabda:

من فطر صائما كان له مثل أجره ، غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Maksudnya: “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (HR At- Tirmidzi 807)

Padahal hidangan berbuka puasa sudah cukup dengan tiga butir kurma atau bahkan hanya segelas air, sesuatu yang mudah dan murah untuk diberikan kepada orang lain.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن حسا حسوات من ماء

Maksudnya:“Rasulullah SAW biasa berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma basah), jika tidak ada maka dengan beberapa tamr (kurma kering), jika tidak ada maka dengan beberapa teguk air.” (HR At-Tirmidzi, Ahmad & Abu Daud)

Betapa Allah SWT sangat pemurah kepada hamba-Nya dengan membuka kesempatan menuai pahala begitu lebarnya di bulan yang penuh berkah ini.

  1. Bersedekah di bulan Ramadhan lebih dimudahkan.

Salah satu keutamaan bersedekah di bulan Ramadhan adalah bahwa di bulan mulia ini, setiap orang lebih dimudahkan untuk berbuat amalan kebaikan, termasuk sedekah. Tidak dapat dinafikan bahwa pada dasarnya manusia mudah terpedaya godaan syaitan yang senantiasa mengajak manusia meninggalkan kebaikan, syaitan berkata didalam surah al-A’raf ayat ke-16:

فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ

Maksudnya:Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus.” 

Sehingga manusia enggan dan berat untuk beramal. Namun di bulan Ramadhan ini Allah mudahkan hamba-Nya untuk berbuat kebaikan, sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah SAW:

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة ، وغلقت أبواب النار ، وصفدت الشياطين

Maksudnya: “Jika datang bulan Ramadhan, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu.” (HR Bukhari 3277 & Muslim 1079)

Dan pada realitinya kita melihat sendiri betapa suasana Ramadhan begitu berbezanya dengan bulan lain. Orang-orang bersemangat melakukan amalan kebaikan yang biasanya tidak ia lakukan di bulan-bulan lainnya. Subhanallah.

Tanpa disedari, sebenarnya cukup sahaja duit yang kita gunakan untuk keperluan walaupun telah bersedekah di bulan yang mulia ini. Itulah keberkatan. Sentiasa rasa cukup dan dipermudahkan setiap urusan yang dihadapi. Langsung tidak ada rasa kekurangan dan ketidakcukupan.

Wallahua’lam.

Oleh itu, rebutlah peluang bersedekah pada hari ini yang mungkin inilah Jumaat yang terakhir didalam bulan Ramadan. Boleh klik pada butang “Bantu Mereka” dan salurkan sumbangan. Sesungguhnya sumbangan tuan/puan banyak membantu golongan yang memerlukan. Terima kasih.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top