Tahukah bahawa pahala sedekah merupakan salah satu perkara yang tetap mengalir dan berterusan walaupun sesudah mati? Mungkin sesetengah orang merasakan sedekah itu biasa, bahkan ada yang memandang ianya sebagai suatu amalan yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat atau membazir sahaja.
Justeru, Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
“Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali 3 perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (HR Muslim)
Hadis riwayat diatas jelas memberitahu tentang hanya 3 perkara yang akan dibawa selepas kematian seseorang. Kehidupan didunia ini hanyalah sementara sahaja. Begitulah janji Allah bahawa semua yang hidup itu akan merasai mati. Dan kematian adalah tempat yang kekal selamanya.
Namun, apa yang berlaku pada masa kini adalah pengejaran dunia yang tiada hentinya, memuaskan nafsu yang tiada penghujungnya dan pengumpulan harta yang pada akhirnya tidak boleh membantu di akhirat kelak.
Terdapat banyak hikmah disebalik perbuatan bersedekah. Ia bukan sahaja dapat membantu anda di alam selepas mati esok. Sedekah juga membantu anda menjalani kehidupan yang lebih berkat, tenang dan teratur.
Dengan bersedekah juga, boleh menjadi asbab terhapusnya dosa semua atas izin Allah. Jadi bersedekahlah untuk mendapat keberkatan hidup dunia dan akhirat.
Sedekah yang paling baik ialah sedekah yang dilakukan dengan niat kerana Allah. Antara contoh sedekah jariah yang membawa pahala sehingga selepas mati ialah :
Amalan berwaqaf ini menjadi titik pahala selagi ia masih digunakan oleh orang lain sama ada anda masih hidup ataupun sudah mati.
Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang berguna untuk orang lain dan memberi kebaikan. Ilmu terbahagi kepada dua bentuk, iaitu ilmu dunia dan ilmu akhirat. Tetapi ilmu yang terbaik adalah ilmu yang memberi kebaikan kepada dunia dan akhirat.
Sebagai contoh ilmu dunia ialah sifulan mengajarkan sibunga tentang cara membuat donut yang cantik dan gebu. Tetapi ilmu yang diajar sipulan tidaklah perlu dibayar dan ia mengajar ikhlas keranan Allah. Selepas seketika, Sibunga berjaya menghasilkan donut yang cantik dan gebu. Lalu sibunga buat meniaga dengan ilmu donut yang dia miliki.
Inilah yang dikatakan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain selagi ilmu itu masih diamalkan oleh sibunga.
Manakala contoh ilmu akhirat ialah mengajarkan seseorang membaca al-Quran. Sifulan yang mengajar sibunga membaca al-Quran akan terus mengalir pahalanya selagi mana sibunga itu mengamalkan pembacaan al-Quran.
Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka untuk sentiasa berdoa kebaikan ibu bapanya sejak kecil. Ini akan melatih anak-anak dan menambahkan rasa sayang anak-anak kepada ibu bapa.
Doa anak-anak kepada ibu bapanya, sama ada anak itu orang soleh atau sebaliknya adalah baik dan sangat berguna. Selain itu, ibu bapa juga perlu mendidik anak supaya berjaya dunia akhirat. Sekaligus saham kejayaan anak-anak yang baik dan soleh ini juga akan mendapat kepada ibu bapanya berupa rahmat daripada Allah.
Setiap orang pastinya pernah mendengar tentang hadis yang cukup masyhur ini. Yang menyebabkan seseorang lupa akan akhirat dan terlalu memfokuskan kepada keduniaan adalah harta. Harta yang disebutkan disini merangkumi banyak perkara samada bentuk tempat tinggal, pakaian, wang dan sebagainya. Seluruh jiwa dan raga diberikan demi mendapat dan mencapai impian di dunia ini. Ramai orang sanggup belajar dan mengajar, namun tidak semuanya sanggup menyalurkan wang dan kekayaan yang dianugerahkan untuk membantu orang lain.
Dengan bersedekah mampu menjadikan seseorang itu lebih melihat yang dibawah dan menjadi hatinya lebih tawadhu’. Ingatlah, bahawa tidak ada satu sen yang boleh dibeli di akhirat nanti. Harta juga langsung tidak boleh bersama sesudah mati. Marilah selami kisah yang masyhur juga tentang seseorang yang dahulunya miskin kemudian diberikan kekayaan dan akhirnya ditenggelamkan bersama hartanya, iaitu kisah Qarun.
Selalu dikaitkan harta yang banyak atau harta yang dijumpai didalam tanah sebagai harta karun. Tahukah bahawa karun yang disebutkan disini merujuk kepada kisah Qarun seorang pemuda yang ditelan bumi bersama hartanya. Kisah ini juga menjadi peringatan buat semua orang Islam bahawa harta dan kekayaan tidak dapat membantu kita di akhirat nanti. Kisah ini telah dijelaskan dalam Al-Quran melalui beberapa ayat yang menceritakan Qarun. Seorang yang kaya raya yang hidup pada masa Nabi Musa as.
Dalam surat Al-Qasas ayat ke- 76 diceritakan bahawa Qarun adalah umat Nabi Musa yang dilimpahi harta kekayaan.
۞ إِنَّ قَـٰرُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ ۖ وَءَاتَيْنَـٰهُ مِنَ ٱلْكُنُوزِ مَآ إِنَّ مَفَاتِحَهُۥ لَتَنُوٓأُ بِٱلْعُصْبَةِ أُو۟لِى ٱلْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُۥ قَوْمُهُۥ لَا تَفْرَحْ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْفَرِحِينَ ٧٦
Maksudnya: “Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya: ‘Janganlah kamu terlalu bangga; Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri”
Dikutip dari buku Tafsir Ibnu Katsir karya M. Abdul Ghoffar, Qarun disebutkan masih memiliki hubungan kekerabatan dengan Nabi Musa. Awalnya ia dikenal sebagai seorang yang pintar dalam berdagang. Qarun juga mendapat julukan ‘Munawir’ yang bermaksud bercahaya. Qarun juga dikenal sebagai orang yang memiliki suara merdu kala membaca kitab Taurat.
Awalnya Qarun sangat miskin dan dia memiliki banyak anak. Atas permintaan Qarun, Nabi Musa mendoakan agar Allah SWT melimpahkan harta benda. Bukan tanpa alasan, Nabi Musa mendoakan kerana melihat Qarun selama ini dikenal sebagai orang yang soleh.
Setelah banyak harta yang dimiliki, Qarun bahkan tidak pernah pergi seorang diri. Dikisahkan bahawa setiap kali keluar rumah, dia selalu berpakaian mewah didampingi oleh 600 orang pelayan terdiri atas 300 laki-laki dan 300 lagi pelayan perempuan. Bukan hanya itu, ia juga dikelilingi oleh 4.000 pengawal dan diiringi 4.000 binatang ternak dan 60 ekor unta yang membawa kunci-kunci gudang kekayaannya.
Dengan kekayaan yang berlimpah ini, ternyata Qarun menjadi ingkar dan lupa diri. Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat ke-78:
قَالَ إِنَّمَآ أُوتِيتُهُۥ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِىٓ ۚ أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ ٱللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِۦ مِنَ ٱلْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةًۭ وَأَكْثَرُ جَمْعًۭا ۚ وَلَا يُسْـَٔلُ عَن ذُنُوبِهِمُ ٱلْمُجْرِمُونَ ٧٨
Maksudnya: “Dia (Qarun) berkata, “Sesungguhnya aku diberi (harta itu), semata-mata karena ilmu yang ada padaku.” Tidakkah dia tahu, bahwa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.”
Harta kekayaan Qarun lenyap saat ia diperintahkan untuk membayar zakat namun ditolaknya dengan alasan zakat akan mengurangi hartanya. Kisah Qarun ini juga disebutkan dalam Al-Quran surat Al-Ankabut ayat 39.
وَقَـٰرُونَ وَفِرْعَوْنَ وَهَـٰمَـٰنَ ۖ وَلَقَدْ جَآءَهُم مُّوسَىٰ بِٱلْبَيِّنَـٰتِ فَٱسْتَكْبَرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ وَمَا كَانُوا۟ سَـٰبِقِينَ ٣٩
Maksudnya: “Dan (juga) Qarun, Fir’aun dan Haman. Sungguh, telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa) keterangan-keterangan yang nyata. Tetapi mereka berlaku sombong di bumi, dan mereka orang-orang yang tidak luput (dari azab Allah).“
Puncak kesombongan Qarun terjadi saat dia merasa menjadi orang yang paling baik dari seluruh umat manusia. Begitu sombongnya Qarun, dia bahkan menyebutkan tidak memerlukan apapun kerana merasakan dirinya sudah sangat kaya. Termasuk Qarun mengatakan tidak perlukan keampunan Allah SWT serta tidak takut dengan ancaman Allah SWT.
Akibat kesombongan Qarun tersebut, dia kemudian mendapat azab yang pedih. Allah SWT menenggelamkan Qarun ke dalam perut bumi beserta seluruh harta miliknya. Firman Allah berikutnya dalam ayat ke-81 dan 83:
فَخَسَفْنَا بِهِۦ وَبِدَارِهِ ٱلْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُۥ مِن فِئَةٍۢ يَنصُرُونَهُۥ مِن دُونِ ٱللَّهِ وَمَا كَانَ مِنَ ٱلْمُنتَصِرِينَ ٨١
تِلْكَ ٱلدَّارُ ٱلْـَٔاخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّۭا فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا فَسَادًۭا ۚ وَٱلْعَـٰقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ ٨٣
Maksudnya: “Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri (81)Negeri akhirat itu Kami jadikan bagi orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu bagi orang-orang yang bertakwa (83)”
Mengutip dari buku Tafsir Al-Mishbah karya Muhammad Quraish Shihab, di kota Fayyum sekitar 60 km dari Cairo, Mesir, dikenal satu tempat yang diberi nama Buhairat Qarun iaitu danau Qarun. Konon di danau inilah, Qarun mendirikan istana atau rumahnya dan disini pula ia dibenamkan.
Inilah salah satu contoh kisah seseorang yang menjadi sombong dan cintakan dunia kerana harta. Terkadang kita lupa bahawa harta yang kita ada pada hari ini adalah kerana doa ibu bapa kita, bantuan orang lain dan banyak lagi faktor luaran dan yang paling penting adalah harta tersebut hanyalah bersifat sementara dan pinjaman daripada Allah SWT kepada kita sebagai ujian. Miskin dan kayanya kita adalah ujian daripada Allah SWT keatas hambaNya samada adakah kita benar-benar hamba yang sentiasa kembali kepadaNya.
Dengan sedekah lah mampu menjadikan hati ini lebih tawadhu’ dan dijauhkan daripada sifat sombong dan cintakan dunia. Dengan sedekah juga mendidik hati untuk terus menerus membuat kebaikan walaupun dengan orang yang tidak dikenali. Berbalik kepada 3 perkara yang boleh dibawa selepas kematian iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh, sedekah merupakan perkara yang semua orang mampu lakukan. Tidak semua orang boleh menyampaikan ilmu dan tidak semua sempat merasai nikmat berkeluarga. Sedekahlah tanpa mengira umur, pangkat dan seberapa banyak hartanya. Terdapat banyak ganjaran orang yang bersedekah itu telah tertulis di dalam Al-Quran dan hadis.
Wallahua’lam.
Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka