TILAWAH DAN TADABBUR AL-QURAN, MANA LEBIH UTAMA DALAM BULAN RAMADHAN?

TILAWAH DAN TADABBUR MANA LEBIH UTAMA DALAM BULAN RAMADHAN

MAKSUD TILAWAH DAN TADABBUR

  • Tilawah

Secara bahasa kata tilawah (تلاوة) adalah bentuk dasar (masdar) dari kata tala (تلا) yang berarti “mengikuti”.

Kata al-taliy (التالي) berarti “yang mengikuti, yang berikut.”

Kata tilawah dengan semua bentukannya yang dikaitkan dengan Al-Quran (ayat-ayat Allah) disebutkan sebanyak 31 kali, dan tersebar di dalam berbagai surat. Salah satu dari kata penggunaan kata itu dapat dilihat di dalam Surat An-Naml ayat ke-92:

وَأَنۡ أَتۡلُوَاْ ٱلۡقُرۡءَانَۖ فَمَنِ ٱهۡتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهۡتَدِي لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن ضَلَّ فَقُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ مِنَ ٱلۡمُنذِرِينَ

Maksudnya: “Dan supaya aku membacakan Al Quran (kepada manusia). Maka barangsiapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya ia hanyalah mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya, dan barangsiapa yang sesat maka katakanlah: “Sesungguhnya aku (ini) tidak lain hanyalah salah seorang pemberi peringatan”.

Kata أتلو di dalam ayat di atas menunjukkan makna “membaca sambil memahami maknanya.” Di dalam ayat ini Allah menjelaskan bahwa Nabi Muhammad saw diperintahkan supaya membacakan Al-Quran kepada manusia. Untuk mengungkap makna dan rahasia yang terkandung di dalamnya, dan menyerap dalil-dalil tentang kekuasaan Allah yang dapat dilihat pada alam semesta. Dengan demikian, beliau dapat menyelami hakikat hidup yang sebenarnya dan menerima limpahan karunia Allah kepadanya.

Hanya orang-orang yang melakukan kegiatan tilawah (تلاوة), yaitu yang membaca sambil memahami dan mendalami makna dari ayat-ayat yang dibacanya itulah yang mampu memahami makna dan rahasia yang terkandung di dalam Al-Quran.

Kata tilawah (تلاوة) lebih dalam pengertiannya dibandingkan dengan kata qiraa’ah (قراءة). Seseorang yang melakukan kegiatan tilaawah (تلاوة) adalah seseorang yang melakukan kegiatan membaca sambil mengikuti bacaannya itu dengan memahami makna kata yang dibacanya. Kalau seseorang yang melakukan tilawah Al-Quran, berarti dia adalah orang yang membaca Al-Quran sambil memahami makna ayat-ayat yang dibacanya.

  • Tadabbur

Tadabbur berasal dari kalimah dubur yang bermaksud hujung pada sesuatu, adalah yang berada di belakang atau sebaliknya.

Jadi, tadabbur al-Quran bermakna seseorang pembaca al-Quran tidak sekadar berhenti pada zahir makna kalimatnya sahaja, atau hanya memahami terjemahannya sahaja, bahkan dia melihat apa yang terkandung di sebalik lafaz sama ada dari segi maqasid dan matlamat sesuatu perkataan itu digunakan

ADA SYARAT KE NAK TADABBUR QURAN?

Tadabbur tidak memerlukan seseorang itu memenuhi syarat-syarat tertentu kecuali kefahaman secara umum tentang satu-satu ayat. Hal ini kerana Allah SWT telah menjadikan al-Qur’an itu mudah untuk difahami secara umum.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Qamar ayat ke-17:

 وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami permudahkan al-Qur’an itu untuk diambil peringatan daripadanya; maka adakah yang mahu mengambil peringatan?”

Firman Allah SWT lagi dalam surah Muhammad ayat ke-24:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Maksudnya: “(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?”

Bahkan diwajibkan ke atas setiap umat Islam, bahkan Allah SWT menyeru seluruh umat manusia untuk mentadabbur ayat-ayat al-Qur’an

Kalimah tadabbur disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur’an; dua tempat sewaktu membicarakan berkenaan orang munafiq, Manakala dua lagi tempat sewaktu membicarakan perihal orang kafir.

Jom edekah

WASILAH DAN MAQASID TADABBUR

Tadabbur merupakan tujuan penurunan al-Qur’an itu sendiri, iaitu untuk diambil iktibar daripadanya dan seterusnya diamalkan. Adapun tafsir sebagai satu ilmu untuk mengetahui makna ayat-ayat al-Qur’an, ia merupakan wasilah untuk mencapai maqasid penurunan al-Qur’an itu sendiri:

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.”

Dinyatakan di sini kitab-kitab yang masyhur berkenaan tadabbur:

  • Qawa’id al-Tadabbur al-Amthal li Kitab Allah Azza wa Jalla oleh Syeikh Abd al-Rahman Habannakah
  • Fath min al-Rahim al-Rahman fi Bayan Kaifiyyat Tadabbur Kalam al-Manan oleh Syeikh Ahmad Mansur
  • Ta’lim Tadabbur al-Quran al-Karim oleh Syeikh Hasyim ‘Ali al-Ahdal
  • Mafatih li al-Ta’amul ma’a al-Quran oleh Syeikh Solah Abd al-Fatah al-Khalidi dan sebagainya.

TADABBUR DAN TILAWAH MANA LEBIH UTAMA DALAM BULAN RAMADHAN?

Secara asasnya, tadabbur adalah lebih utama dan lebih penting berbanding memperbanyakkan tilawah al-Quran kerana ia merupakan tujuan al-Quran diturunkan kepada umat manusia.

Walau bagaimanapun, di bulan Ramadan ini kita disunatkan untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran kerana fadilat yang ada di dalamnya sepertimana yang disebutkan Ibn Rajab al-Hambali. Begitu juga dapat dilihat pada amalan golongan salaf yang menumpukan kepada memperbanyakkan khatam al-Quran di bulan Ramadan berbanding tadabbur.

Berkaitan persoalan ini juga, Ibn Qayyim al-Jawziah menyebutkan khilaf dalam perkara ini kepada dua pandangan:

  • Pandangan Pertama

Pandangan Ibn Mas’ud dan Ibn ‘Abbas bahawa membaca al-Quran dengan tartil dan tadabbur walaupun sedikit bacaannya adalah lebih afdal berbanding membaca al-Quran dengan laju dan banyak bacaannya. Ini kerana tujuan penurunan al-Quran adalah untuk difahami, dipelajari dan ditadabbur ayat-ayatnya. Adapun membaca dan menghafalnya adalah salah satu cara untuk sampai kepada tujuan tersebut iaitu untuk mengetahui makna-maknanya.

  • Pandangan Kedua

Pandangan daripada para ulama mazhab al-Syafie bahawa bacaan yang banyak lebih afdal berdasarkan hadis Ibn Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah maka dia mendapat pahala dan digandakan pahala tersebut sepuluh kali ganda. Aku tidak katakan ‘الم’ satu huruf, namun ‘ا’  satu huruf, ‘ل’ satu huruf dan ‘م’ satu huruf.” Hadis sahih riwayat al-Tirmidzi.

Di sisi Ibn Qayyim, pandangan yang benar baginya ialah pahala membaca al-Quran secara tartil dan tadabbur adalah lebih besar dan tinggi darjatnya, manakala pahala membaca al-Quran dengan bacaan yang banyak adalah lebih banyak pahalanya.

Apa yang dapat disarankan dalam hal ini pada bulan-bulan biasa ialah seseorang boleh membahagikan bacaannya dalam sehari kepada dua iaitu; pertamabacaan untuk tadabbur yang mengambil masa yang lama untuk khatam dan kedua bacaan untuk khatam. Hal ini supaya kita mendapat menghimpunkan kedua-dua kebaikan iaitu pahala tadabbur dan pahala banyak membaca al-Quran.

Namun begitu, jika seseorang berada dalam masa atau tempat yang afdal seperti di bulan Ramadan atau di kota suci Mekah, maka disunatkan baginya untuk memperbanyakkan bacaan al-Quran untuk mengambil peluang fadilatnya. Begitu juga dapat dilihat pada amalan golongan salaf yang menumpukan kepada memperbanyakkan khatam al-Quran di bulan Ramadan berbanding tadabbur.

Wallahua’lam.

Dibulan yang mulia ini, kita digalakkan untuk bersedekah. Oleh itu, jika anda berminat untuk menyalurkan sumbangan boleh klik pada butang “Bantu Mereka” dibawah dan salurkan sumbangan. Terima kasih.

Sudahkah Anda Menjadi Tangan Yang Memberi?

Jika belum jom sama-sama dengan Perkim Datuk Keramat membantu mereka yang dalam kesusahan seperti ibu tunggal, mereka yang menghidap penyakit kronik dan pelbagai lagi. Sesungguhnya sedikit sumbangan anda, memberi 1000 kemanisan untuk mereka

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top