9 Kelebihan Sedekah Yang Ramai Tidak Sedar
9 Kebaikan Sedekah Yang Ramai Tidak Sedar
Ketika menguruskan majlis pengislaman rasmi seorang wanita dari Sarawak hari ini, beberapa asnaf hadir memohon sumbangan serta mengadu perihal keperitan hidup mereka. Selain itu, Nur Iman (pemohon memeluk Islam) ditemani oleh sepupunya seorang saudara baru Islam yang juga seorang asnaf serta adiknya yang belum memeluk Islam. Kesemua mereka disantuni dengan sedikit sumbangan wang tunai serta …
Hari Jumaat, penghulu segala hari penuh dengan keberkatannya. Banyak fadhilat pada hari tersebut untuk kita manfaatkan dan andai umat Islam mengetahuinya, pasti mereka berebut-rebut beramal pada hari ini.Pada hari mulia ini pula, Allah mengirimkan keberkatannya dengan memilih salah seorang hambaNya untuk mendapat hidayah dariNya. Alhamdulillah, Allah telah menjemput seorang wanita Kristian berasal dari Sabah untuk …
Kembalinya Kepada Fitrah Islam Seorang Wanita Kristian Read More »
Pada hari ini, saya dipanggil ke Pejabat PERKIM bagi membantu majlis pengislaman seorang wanita. Beliau sebelum ini pernah mengucap syahadah dan memeluk Islam di Indonesia, namun tiada bukti, saksi serta dokumentasi.Sampai di tanah air wanita ini yang bernama Nur Iman, berusia 33 tahun dari Sarawak itu memohon untuk proses pengislaman secara rasmi sambil mengadukan masalah …
Hati tersentuh sayu apabila menziarahi kali ke 3 saudara Ammal Dzulqahar bin Ismail. Kami mengunjunginya pada jam 2.30 petang tadi dan sementara menunggu ketibaan kami, beliau terbaring di depan halaman rumahnya. Kisahnya begitu menginsafkan. Ibunya telah lama meninggal dunia manakala ayahnya meninggal dunia pada tahun 2018. Anak muda ini berusia 34 tahun, tidak boleh bekerja …
Alhamdulillah, dengan izin Allah jua seorang pemuda berbangsa India dan beragama Hindu mengucap syahadah pada hari ini. Beliau didakwahkan oleh sebuah keluarga mualaf yang baru memeluk islam beberapa tahun lepas. Pemuda ini bernama Monish berusia 22 tahun. Memahami dengan baik Bahasa Malaysia dan mampu melafazkan syahadah dengan mudah. Keluarganya masih belum memeluk Islam, namun mereka tidak …
Ada ramai pihak yang bertanyakan khabar mengenai asnaf yang kami bantu iaitu Azizan Osman di Batu 11, Gombak. Selepas proses usaha pengubatan Islam bagi merawat ganggun terhadap beliau dan isteri, saya belum sempat menjenguknya. Hari ini kami bertandang sekali lagi untuk bertanya khabar kepada beliau. Alhamdulillah, selepas berubat melalui kaedah Syifa’ beberapa minggu yang lalu, …
PERKIM Datuk Keramat menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima pada 11 September 2021. Majlis sumbangan diadakan di Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah Kuala Lumpur. Penerima sumbangan adalah terdiri daripada saudara baru di bawah kelolaan Ustaz Amran Anbarasu (30 orang), saudara baru yang mengikuti kelas pengajian PERKIM Datuk Keramat (30 orang), 20 pengawal keselamatan bangunan PERKIM …
Puan Jamilah tenang dan sabar menjaga dua orang anaknya yang sakit Parkinson. Salah seorang darinya tidak boleh berdiri serta menguruskan dirinya. Anaknya itu juga pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak
kami menerima sumbangan ‘Food Bank’ daripada Encik Jefry, seorang dermawan yang menyumbangkan 100 pek barangan keperluan. Beliau ada menghubungi saya sebelum ini dan pada hari ini, petugas beliau menghantarkan barangan tersebut ke Pejabat PERKIM Datuk Keramat terletak di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Oleh itu, bagi sesiapa yang berhajat barangan keperluan, boleh menghubungi …