Aktiviti Perkim Datuk Keramat

Pengislaman Pemuda India

Alhamdulillah, dengan izin Allah jua seorang pemuda berbangsa India dan beragama Hindu mengucap syahadah pada hari ini. Beliau didakwahkan oleh sebuah keluarga mualaf yang baru memeluk islam beberapa tahun lepas. Pemuda ini bernama Monish berusia 22 tahun. Memahami dengan baik Bahasa Malaysia dan mampu melafazkan syahadah dengan mudah. Keluarganya masih belum memeluk Islam, namun mereka tidak …

Pengislaman Pemuda India Read More »

Bantuan Kepada En Azizan

Ada ramai pihak yang bertanyakan khabar mengenai asnaf yang kami bantu iaitu Azizan Osman di Batu 11, Gombak. Selepas proses usaha pengubatan Islam bagi merawat ganggun terhadap beliau dan isteri, saya belum sempat menjenguknya. Hari ini kami bertandang sekali lagi untuk bertanya khabar kepada beliau. Alhamdulillah, selepas berubat melalui kaedah Syifa’ beberapa minggu yang lalu, …

Bantuan Kepada En Azizan Read More »

Sumbangan Kepada Saudara Baru

PERKIM Datuk Keramat menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima pada 11 September 2021. Majlis sumbangan diadakan di Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah Kuala Lumpur. Penerima sumbangan adalah terdiri daripada saudara baru di bawah kelolaan Ustaz Amran Anbarasu (30 orang), saudara baru yang mengikuti kelas pengajian PERKIM Datuk Keramat (30 orang), 20 pengawal keselamatan bangunan PERKIM …

Sumbangan Kepada Saudara Baru Read More »

Subangan Food Bank

kami menerima sumbangan ‘Food Bank’ daripada Encik Jefry, seorang dermawan yang menyumbangkan 100 pek barangan keperluan. Beliau ada menghubungi saya sebelum ini dan pada hari ini, petugas beliau menghantarkan barangan tersebut ke Pejabat PERKIM Datuk Keramat terletak di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Oleh itu, bagi sesiapa yang berhajat barangan keperluan, boleh menghubungi …

Subangan Food Bank Read More »

Kelas Maya Untuk Saudara Baru

Alhamdulillah, sudah 4 minggu kelas pengajian secara atas talian kepada saudara baru dijalankan. Sambutan pun semakin baik dengan jumlah pelajar setakat ini mencecah 25 orang. Ada yang baru memeluk Islam 3 hari. Ada yang sudah 10 tahun memeluk Islam tetapi masih ingin belajar balik. Ada juga pelajar dari Filipina. Oleh itu, beliau menggunakan Translator untuk memahami …

Kelas Maya Untuk Saudara Baru Read More »

Sumbangan Fadhil & Fahmi

Alhamdulillah, kedua adik beradik ini telah mula berubah. Bantuan dan prihatin masyarakat sekitar mampu menganjak diri dan minda mereka berdua. Daripada hidup tidak terurus, putus asa dan harapan, tidak ada hala tuju, kini mereka disinari cahaya perubahan. Sumbangan berterusan dalam bentuk makanan, kewangan dan lain-lain keperluan, sambil menyuakan motivasi semangat kepadanya membuahkan hasil. Fadhil dan Fahmi …

Sumbangan Fadhil & Fahmi Read More »

Santuni dan Dakwah Gelandang

Saya dipertemukan dengan seorang warga emas berbangsa Tionghua. Difahamkan beliau sebelum ini mempunyai kehidupan yang selesa dengan rumah yang besar. Kerja di agensi kerajaan dengan pangkat yang agak tinggi. Mempunyai keluarga dengan anak-anak yang berjaya. Selepas pencen, warga emas berusia 77 tahun ini tidak mempunyai hala tuju. Kehidupannya tidak menentu. Jiran-jirannya menganggapnya tidak siuman, nyanyuk dan …

Santuni dan Dakwah Gelandang Read More »